Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Korban di China hampir 1,400

Feb 14, 2020 | 9:05 AM
BEKERJA DI BARIS DEPAN: Kakitangan perubatan bekerja di sebuah wad di sebuah hospital di Wuhan.
BEKERJA DI BARIS DEPAN: Kakitangan perubatan bekerja di sebuah wad di sebuah hospital di Wuhan. - Foto: EPA-EFE

BEIJING: Jumlah terkorban akibat wabak koronavirus di China mencecah 1,380 pada hari Jumaat (14 Februari).

Namun, jumlah jangkitan baru di wilayah Hubei yang teruk terjejas telah merosot selepas perubahan dalam definisi kes menyebabkan lonjakan pada hari sebelumnya.

Suruhanjaya kesihatan wilayah itu pada hari Jumaat melaporkan 116 lagi kematian dan 4,823 kes baru, kebanyakannya yang melibatkan pesakit yang disahkan secara klinikal.

Pada hari Khamis (15 Februari), wilayah tersebut yang merupakan pusat wabak itu, pula melaporkan 242 lagi kematian dan lebih 14,800 kes baru.

Pegawai-pegawai kesihatan di Hubei berkata mereka mula mengambil kira kes-kes yang disahkan secara klinikal untuk memastikan pesakit mendapatkan rawatan secepat mungkin, dan tidak menunggu ujian makmal untuk mengesahkan mereka mempunyai penyakit Covid-19 itu. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg