Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Malaysia catat 117 kes baru; kelompok masjid cecah 514 kes

Mar 18, 2020 | 07:56 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia pada Rabu (18 Mac) mengesahkan 117 kes koronavirus baru, termasuk 80 yang dikaitkan dengan kelompok Masjid Jamek Sri Petaling.


Ini membuat jumlah kes Covid-19 di Malaysia mencecah 790, kata ketua pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kiriman di Twitter.


Beliau berkata: "80 kes tabligh baru hari ini dengan jumlah 514 dikaitkan dengan perhimpunan Sri Petaling."


Satu perhimpunan tabligh diadakan di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur antara 27 Februari dengan 1 Mac, melibatkan kira-kira 16,000 orang.


Mereka termasuk 1,500 orang asing, dengan segelintir tanpa disedari membawa pulang virus ke Singapura, Brunei dan Kemboja.


Dr Noor Hisham berkata pada Rabu bahawa 15 daripada kes Covid-19 di Malaysia berada dalam keadaan kritikal, dan 60 daripada 790 kes telah pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >