Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Menteri M'sia buat laporan berhubung berita palsu yang warga S'pura tidak dialukan

Jun 13, 2020 | 07:08 PM

PETALING JAYA: Menteri Kanan Keselamatan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjadi mangsa terbaru berita palsu, yang mendakwa beliau tidak mengalu-alukan warga Singapura ke negara itu.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata pada Sabtu (13 Jun) bahawa berita palsu itu, yang telah tular di media sosial, boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara Malaysia dengan negara jirannya, Singapura.


"Sebenarnya, sempadan kita masih ditutup kepada semua orang, termasuk warga Singapura, jadi berita seperti itu berniat jahat," katanya di taklimat harian Covid-19. "Perbuatan ini boleh merosakkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran kita Singapura."


Menteri itu juga berkata kata-katanya telah diubah dalam tweet yang menyinggung perasaan itu.


"Saya telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya.


Malaysia telah menutup sempadannya kepada orang asing sejak 18 Mac, apabila ia melaksanakan penutupan separa bagi mengekang penyebaran koronavirus.


Sedang ia telah melonggarkan sekatan pergerakan di dalam negara, rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara.

Singapura dan Malaysia buat masa ini sedang mengadakan perbincangan untuk melonggarkan sekatan perjalanan antara negara mereka, dengan adanya protokol dan langkah-langkah yang diperlukan memandangkan pandemik Covid-19 masih berterusan.


Datuk Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan, berkata sehingga Sabtu, sekitar 266 kertas siasatan telah dibuka oleh polis dan SKMM mengenai berita palsu yang berkaitan dengan Covid-19.


Daripada jumlah itu, 179 masih dalam siasatan. Sementara itu, 30 orang telah didakwa di mahkamah, 11 diberi notis amaran dan 18 orang telah mengaku bersalah.


Menteri itu berkata belum ada dokumen siasatan baru dalam masa dua minggu lalu, yang menunjukkan bahawa orang ramai lebih sedar tentang bahaya penyebaran berita palsu.


"Bagaimanapun, polis dan SKMM akan terus memantau penyebaran berita palsu.


"Orang ramai diingatkan agar berhati-hati sebelum mengongsi berita yang tidak disahkan," katanya, sambil menambah orang ramai boleh mengesahkan berita sedemikian di laman web pemeriksa fakta kerajaan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >