Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Penduduk bukan dari Wuhan dibenarkan keluar

Feb 24, 2020 | 04:43 PM



BEIJING: Pemerintah China melonggarkan sedikit langkah kuarantinnya yang berlangsung selama sebulan pada Isnin (24 Feb) dengan membenarkan beberapa orang keluar dari pusat penularan koronavirus itu, tetapi dengan beberapa pengecualian.



Kota Wuhan, yang mengandungi seramai 11 juta penduduk telah menghadapi sekatan perjalanan masuk dan keluar sejak 23 Januari bagi mencegah penularan virus tersebut.



Kini, mereka yang bukan dari Wuhan diizinkan keluar dari kota itu hanya jika mereka tidak mempunyai kesan jangkitan koronavirus dan tidak pernah berhubung rapat dengan pesakit, kata pihak berkuasa kota itu dalam satu kenyataan.



Tambah kenyataan itu, mereka yang mempunyai sebab istimewa untuk keluar dari kota itu, termasuk mereka yang memerlukan rawatan perubatan lain dan mereka yang bertugas melaksanakan usaha pencegahan wabak juga boleh keluar dari Wuhan.



Keberangkatan dari Wuhan harus diatur dan mereka yang ingin keluar dari kota itu harus meminta izin daripada pihak berkuasa setempat. 



Setibanya di destinasi masing-masing, mereka harus melaporkan diri kepada pihak berkuasa setempat dan memantau kesihatan mereka sepanjang 14 hari. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >