Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Penularan meluas di luar China membimbangkan, kata pakar

Feb 24, 2020 | 11:59 AM



PARIS: Kenaikan mendadak kes jangkitan koronavirus serta penularannya di serata dunia dan di luar China mengesahkan kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai krisis ini, kata beberapa pakar pada Ahad (23 Februari).



"Terdapat satu peralihan yang amat ketata dari segi penularan Covid-19 sejak 48 jam lalu," kata Profesor Devi Sridhar, Pengarah Program Pentadbiran Kesihatan Sedunia di Sekolah Perubatan Universiti Edinburgh.



"WHO termasuk pemerintah negara anggota kini harus memikirkan tentang peralihan daripada membendung virus itu kepada mengurangkan kesan negatif yang berlaku sekiranya ia terus menular," kata Prof Sridhar.



Jumaat lalu (21 Feb), ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, telah memberi amaran, mengatakan bahawa peluang untuk mencegah virus itu semakin kurang.



"Kami masih berada dalam fasa di mana pembendungan virus itu masih boleh dilakukan... peluang melakukan itu semakin sempit," kata beliau sambil menambah bahawa jika negara tidak mengambil langkah untuk menyekat penularan virus itu, keadaan akan menjadi lebih sulit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >