Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Twitter nasihat 5,000 pekerjanya di serata dunia agar bekerja dari rumah

Mar 03, 2020 | 11:42 AM



SAN FRANCISCO - Syarikat Twitter Inc amat menggalakkan kesemua 5,000 kakitangannya di  merata dunia supaya bekerja dari rumah, berikutan keprihatinan tentang penularan koronavirus Covid-19, kata syarikat itu pada Isnin (2 Mac).



Syarikat media sosial itu membuat cadangan tersebut di blognya sebagai sebahagian daripada usaha memberi perkembangan terkini, sehari selepas ia menggantung semua perjalanan tidak genting bagi pekerjanya, termasuk penyertaan dalam persidangan South by Southwest di Austin, Texas, lewat bulan ini.



Kata Twitter, adalah wajib bagi kakitangannya di Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan untuk bekerja dari rumah, tetapi kakitangan di pejabat negara lain akan tetap dibuka bagi mereka yang ingin atau perlu bekerja dari pejabat. 



Tambah syarikat itu, usaha sedang dijalankan untuk pastikan mesyuarat dalaman dan tugas penting lain dioptimumkan supaya pekerja dapat melakukannya secara berasingan. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >