Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Wilayah Hubei tiadakan sekatan pergerakan mulai 25 Mac

Mar 24, 2020 | 03:41 PM



BEIJING: Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei, China berkata pada Selasa (24 Mac) bahawa ia akan meniadakan semua sekatan perjalanan keluar masuk wilayah itu mulai Rabu (25 Mac), kecuali bagi bandar Wuhan, ibu kota wilayah tersebut dan juga pusat wabak coronavirus di China.



Larangan pergerakan untuk keluar dari Wuhan pula akan ditiadakan bermula 8 April dan penduduk boleh keluar atas dasar menggunakan satu kod kesihatan, kata suruhanjaya itu.



Perintah berkurung telah berkuat kuasa di bandar Wuhan sejak 23 Januari.



Kelonggaran larangan itu dicadangkan sedang wilayah Hubei melaporkan tiada kes jangkitan baru pada 19 Mac, setelah dilanda teruk wabak virus Covid-19 yang telah menjangkiti lebih 80,000 penduduk dan membunuh lebih 3,200 orang di China. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >