Topic followed successfully
Go to BHkuKos perang Israel dengan Iran dan Hezbollah cecah AS$15b
Kos perang Israel dengan Iran dan Hezbollah cecah AS$15b
Akhbar Israel lapor 26,000 tuntutan pampasan telah difail bagi kerosakan berkaitan serangan peluru berpandu
Apr 6, 2026 | 2:58 PM
Kos perang Israel dengan Iran dan Hezbollah cecah AS$15b
Petugas kecemasan menjalankan operasi di sisi sebuah bangunan yang rosak di lokasi serangan susulan bedilan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran, di tengah konflik Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran, di Tel Aviv, Israel, pada 6 April 2026. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Israel dilapor menanggung kos sekitar AS$15 bilion ($19.29 bilion) sejak perang melibatkan Iran dan kumpulan Hezbollah di Lebanon bermula, di tengah-tengah tekanan ketenteraan dan ekonomi ke atas negara itu terus meningkat, tanpa sebarang petanda konflik itu akan reda dalam masa terdekat.
Akhbar perniagaan berbahasa Ibrani dari Israel, Calcalist, yang dipetik agensi berita, Anadolu Ajansi, melaporkan jumlah itu bersamaan kira-kira 47 bilion shekel (AS$15 bilion) dan dijangka terus meningkat jika perang berlanjutan atau pusingan pertempuran baharu tercetus lagi.
Laporan berkaitan
Penduduk Israel hidup di bawah tanah elak serangan roket Apr 4, 2026 | 5:30 AM
Khamenei beri amaran keras susulan pembunuhan pegawai kanan IranMar 19, 2026 | 11:21 AM

