Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kredit plastik antara usulan tangani pencemaran alam

Jun 27, 2023 | 07:08 PM



Penggunaan kredit plastik atau ‘plastic credit’ yang dijangka boleh mengatasi masalah pencemaran plastik sedunia telah dibincangkan semasa satu perbincangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Huraian ini dicetuskan sebagai satu jalan keluar bagi menangani masalah global itu.

Bagaimanapun perbincangan tentang topik ini masih dalam peringkat awal, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).

Sama seperti bagaimana syarikat boleh membayar untuk mendapatkan kredit karbon bagi mengimbangkan pelepasan gas rumah hijau yang dikeluarkan, kredit plastik membolehkan syarikat untuk mengimbangkan jejak plastik mereka, melalui pelaburan dalam aktiviti-aktiviti pengumpulan sisa plastik, atau dalam projek yang menolong membangunkan atau memperbaiki prasarana kitar semula bagi plastik.

Wakil daripada lebih 170 negara telah berjumpa di Paris, Perancis, pada bulan ini untuk mencapai satu perjanjian di bawah PBB bagi mengatasi isu pencemaran plastik sedunia ini, dan ia dijangka mula berkuatkuasa pada 2024.

Perjanjian ini akan mengatasi isu seperti kitar hayat plastik dan menggalak pengeluaran dan penggunaan plastik yang mampan.

Pada masa ini, Singapura mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan PBB, dan telah memerhatikan bahawa negara-negara terbabit sedang memutuskan satu senarai yang mengandungi langkah-langkah untuk mengatasi isu pencemaran plastik, dengan menyokong satu sistem pengurusan bahan buangan global yang menyeluruh.

“Pandangan Singapura adalah bahawa langkah-langkah yang dipilih… harus mengatasi pencemaran plastik secara berkesan, boleh dilaksanakan dan berasas sains, ditentukan secara nasional, dan merangkumi huraian yang sesuai dan berkesan mengikut konteks dan keunikan sesebuah negara itu,” kata seorang jurucakap dari MSE.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan tentang keputusan pihak Pemerintah sama ada akan mengizinkan syarikat untuk menggunakan kredit plastik sebagai satu cara untuk menguruskan sisa plastik mereka, sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Kebertanggungjawaban Pengeluar Yang Diperluas atau “Extended Producer Responsibility” (EPR), di mana sesuatu perniagaan akan dipertanggungjawabkan bagi cara pelupusan secara mampan produk mereka.

Sebagai sebahagian daripada skim EPR ini, 10 sen akan ditambah kepada harga minuman dalam botol atau minuman dalam tin di bawah skim pemulangan pengisi minuman bermula April 2025 ini, yang mana nilai itu akan dikembalikan kepada pelanggan setelah mereka mengitar semula botol dan tin tersebut.

Sekurang-kurangnya 80 peratus plastik dan bekas logam perlu dikumpulkan di bawah skim ini, jika tidak, denda dikenakan.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada Mac 2023 bahawa skim ini akan memastikan botol plastik dan tin logam yang bersih dan bermutu, dan boleh dikitar semula yang sekaligus membantu membangunkan industri kitar semula di negara ini.

Kadar kitar semula plastik di sini mencecah 6 peratus sejak 2022. Di seluruh dunia, terdapat lebih daripada 380 juta tan plastik yang dihasilkan setiap tahun, namun hanya 9 peratus daripadanya dikitar semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >