Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kremlin sepi lepas pemberontakan terhadap Putin berakhir

Tentera upahan Wagner batal serang Moscow, setuju hidup dalam buangan dengan semua tuduhan terhadap mereka digugur
Jun 26, 2023 | 03:37 PM



MOSCOW: Suasana sepi menyelubungi Russia selepas berakhirnya pemberontakan bersenjata yang menjadi ancaman terbesar terhadap pemerintahan Presiden, Encik Vladimir Putin dalam hampir suku abad.


Lelaki yang mengetuai pemberontakan itu tiba-tiba menyepi.

Encik Putin juga tidak dilihat di khalayak ramai sejak mengecam pemberontakan itu sebagai “khianat” dan mengancam hukuman “keras” terhadap pelaku.

Dalam masa 24 jam yang membingungkan, masyarakat antarabangsa terpegun menyaksikan askar yang setia kepada ketua tentera upahan Russia, Encik Yevgeny Prigozhin, mara beratus-ratus kilometer dengan pantas ke arah Moscow tetapi tiba-tiba membatalkan serangan dan bersetuju untuk hidup dalam buangan dengan semua pertuduhan terhadap mereka digugurkan dalam satu perjanjian pada lewat malam.

Rentetan peristiwa pantas itu menyebabkan Amerika Syarikat dan Eropah bingung tentang implikasi politik pemberontakan yang menghancurkan imej kebal Encik Putin sebagai pemimpin Russia itu.

Krisis itu berlaku di tengah-tengah perpecahan di Russia berhubung perang menggoyahkan di Ukraine, yang merupakan konflik terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, ketika serangan balas Ukraine terus cuba mengusir tentera Russia keluar dari wilayah yang didudukinya.

Dalam satu temu bual program Face the Nation CBS pada Ahad, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, berkata pemberontakan kumpulan tentera upahan Wagner adalah “cabaran langsung” terhadap pihak berkuasa Encik Putin dan “menimbulkan persoalan mendalam”.


“Kami tidak boleh membuat spekulasi atau mengetahui dengan tepat ke mana kesudahannya. Kami tahu bahawa banyak lagi yang perlu dijawab oleh Putin dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.”

Amerika mempunyai laporan risikan beberapa hari lalu bahawa Prigozhin merancang untuk mengambil tindakan bersenjata terhadap pegawai pertahanan Russia, kata seorang individu yang biasa dengan perkara itu.

Sementara itu di China, Menteri Luar Qin Gang bertemu Timbalan Menteri Luar Russia, Encik Andrey Rudenko, di Beijing pada Ahad untuk membincangkan isu antarabangsa dan kepentingan bersama serantau.

Naib Menteri Luar China, Encik Ma Zhaoxu, yang juga bertemu Encik Rudenko pada Ahad, berikrar akan mempertahankan kepentingan bersama dua negara itu di tengah-tengah persekitaran antarabangsa yang “kompleks dan suram”.

Media China membuat liputan mengenai pemberontakan di Russia, manakala Global Times menerbitkan artikel oleh bekas ketua pengarang, Encik Hu Xijin yang menganalisis senario berpotensi termasuk perubahan rejim.


Pihak China menyatakan sokongan terhadap usaha kepimpinan Russia untuk menstabilkan keadaan di negara itu, kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan di laman web.

“Tidak ada persoalan bahawa Putin telah dilemahkan,” kata Encik Wess Mitchell, mantan penolong setiausaha negara Amerika bagi Eropah dan Eurasia dan pengasas bersama dua badan pemikir, dalam satu temu bual.

“Ini akan menjadi kesimpulan yang dibuat oleh Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan juga China.”

Encik Putin, 70 tahun, tidak mengulas mengenai perjanjian yang diurus oleh sekutunya, Presiden Belarus, Encik Alexander Lukashenko, yang menamatkan pemberontakan Prigozhin. Kremlin berkata Encik Putin memberi jaminan akan membenarkan pemimpin Wagner itu pergi ke Belarus dan menggugurkan tuduhan pemberontakan jenayah terhadapnya serta pejuang yang terlibat dalam pemberontakan itu.

“Putin terpaksa membuat konsesi dan benar-benar menyerah, dan bukannya mengalahkan Prigozhin. Beliau terpaksa berunding dengannya dan memberi jaminan keselamatan dan ini menunjukkan secara terbuka kelemahannya,” kata Encik Kirill Rogov, bekas penasihat pemerintah Russia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >