JEDDAH: Kren yang tumbang menimpa dinding Masjidil Haram di Makkah September 2015 lalu dan menyebabkan 110 orang maut serta mencederakan 260 yang lain beroperasi tanpa lesen, kata seorang jurutera di sebuah mahkamah dekat sini.
Jurutera berkenaan adalah sebahagian daripada 14 defendan dari Binladen Group yang sedang dibicarakan berhubung insiden itu, lapor Saudi Gazette semalam.