Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis dalam PKR mengenai senarai calon bagi pilihan raya Malaysia

Apr 22, 2018 | 04:45 PM



PETALING JAYA (THE STAR / ASIA NEWS NETWORK) - Krisis bergolak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung calon pilihan raya bagi Selangor dengan nama yang dicadangkan  timbalan presiden PKR  Datuk Seri Azmin Ali dipotong daripada senarai.



Difahamkan sehingga lapan nama yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu telah digugurkan atau ditolak oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Satu delegasi yang diketuai Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin tiba di kediaman Dr Wan Azizah di Segambut pada 8 pagi Ahad (22 April) untuk membincangkan perkara itu.



Cik Zuraidah dikatakan meminta Dr Wan Azizah supaya memikirkan semula senarai calon.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , Encik Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Cik Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Cik Pei Nie (Rawang) dikatakan digugurkan.



Tiga nama lain yang disaran Datuk Seri Azmin dilaporkan telah ditolak.



Mereka termasuk pembantu akhbarnya, Encik Hilman Idham, yang disaran bertanding bagi kerusi DUN Gombak Setia, dan Encik Khaled Jaafar bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.



Seorang lagi sekutunya, Encik Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras bagi Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.



Delegasi Cik Zuraidah termasuk Cik Gan, Cik Hanizah dan AP PJ Selatan Hee Loy Sian, personaliti yang mempunyai hubungan baik dengan Dr Wan Azizah.



Dr Wan Azizah dikatakan bersetuju menemui Datuk Seri Azmin untuk membincangkan perkara itu.



Persoalan calon itu adalan lanjutan persaingan dua kem di PKR -- satu diketuai Datuk Seri  Azmin dan satu lagi oleh naib presiden Rafizi Ramli, yang rapat dengan Dr Wan Azizah.



Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada Isnin malam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >