Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis iklim akan bawa kehancuran dunia: PBB

Sep 21, 2023 | 04:42 PM



NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, memberitahu para pemimpin dunia di sidang kemuncak pertubuhan dunia itu - yang tidak dihadiri oleh China dan Amerika Syarikat - bahawa krisis iklim akan membawa kepada kehancuran dunia.


Beliau turut membidas pihak pencemar utama kerana tidak berbuat lebih banyak usaha untuk menangani isu pemanasan global.

Dengan bermulanya sidang kemuncak iklim PBB selama dua minggu ini, disusuli pula konvensyen  Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 (COP28), yang dijadual bermula pada 29 November di Dubai, Encik Guterres dan pemimpin dari negara yang terdedah kepada masalah iklim ini merayu kepada penggubal dasar di seluruh dunia, untuk menghentikan penggunaan bahan api fosil yang mengakibatkan pemanasan iklim, secara berperingkat.

“Peralihan penggunaan daripada bahan api fosil kepada tenaga yang boleh diperbaharui, sedang berlaku - tetapi kita sudah ketinggalan beberapa dekad,” kata Encik Guterres semasa merasmikan sidang kemuncak itu.

Rundingan di sidang puncak itu, dibayangi oleh pengumuman dari Britain - juga tidak hadir - bahawa ia telah membatalkan dasar yang akan membantunya mencapai matlamat bersih-sifarnya.

Walaupun kejadian cuaca ekstrem meningkat dan suhu global yang memusnahkan, pelepasan gas rumah hijau terus meningkat dan bahan api fosil kekal disubsidi sehingga mencapai AS$7 trilion (S$9.5 trilion) setiap tahun.

Encik Guterres telah menganggap Sidang Puncak Iklim itu sebagai forum yang serius dan menjelaskan bahawa hanya pemimpin yang telah membuat rancangan konkrit untuk mencapai pelepasan rumah hijau bersih-sifar akan diundang.

Dalam ucapan pembukaannya, beliau menyebut tentang keadaan cuaca “panas yang dahsyat” dan “kebakaran bersejarah” yang berlaku dalam tahun 2023, sambil menegaskan:

“Kami masih boleh mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah (Celsius),” merujuk kepada sasaran yang dilihat perlu untuk mengelakkan bencana iklim jangka panjang.

“Umat manusia telah membuka pintu neraka,” kata Encik Guterres memberi amaran.

Encik Guterres mengundang 34 negara untuk berucap pada Rabu, sebagai mengiktiraf tindakan kuat mereka terhadap perubahan iklim, termasuk Brazil, Kanada, Pakistan, Afrika Selatan dan negara kepulauan Tuvalu.

Walaupun sesetengah pihak mencela industri bahan api fosil dan pergantungan berterusan negara terhadap minyak, gas dan arang batu, yang lain menekankan keperluan untuk memperbaharui institusi kewangan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi negara membangun.

Dari Kepulauan Marshall, sebuah negara kepulauan Pasifik Selatan tropika yang menghadapi kehilangan daratan dek peningkatan para laut, Presidennya, Encik David Kabua, menggambarkan perjuangan pemerintahnya untuk bersedia menghadapi dunia yang lebih hangat.

Tetapi “tindakan paling berani oleh negara saya sahaja tidak mencukupi,” katanya. “Pencemar utama telah gagal mengambil keputusan ini, jadi sekarang kita mesti bersedia untuk menghadapi bencana yang tidak henti-henti.”

Selepas menerima lebih 100 permohonan untuk ikut serta, PBB mengeluarkan senarai 41 penceramah yang tidak termasuk China, Amerika Syarikat, Britain, Jepun atau India. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >