Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis politik di Sabah: Anwar bakal adakan rundingan damai

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual terbang ke ibu kota Sabah lewat semalam untuk menjadi perantara usaha damai antara tiga pihak bertelagah di Sabah.



Ini susulan adanya gesaan supaya pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, diganti dan dibentuk satu kerajaan perpaduan negeri yang "sebenar".



Namun, GRS menyarankan agar pemerintahan sekarang dikekalkan tetapi dengan Pakatan Harapan (PH) disertakan dalam kerajaan negeri.



Usaha Datuk Anwar itu dilakukan di tengah-tengah dakwaan Datuk Hajiji, yang menegaskan beliau masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai ketua menteri, sedang pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokthar Radin pula mendakwa sebaliknya.



Datuk Hajiji telah menunjukkan keabsahannya dengan menyerahkan akuan berkanun (SD) sokongan daripada 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk tujuh pembangkang daripada PH dan lima Adun Barisan-Umno Sabah, kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada satu pertemuan Sabtu lalu.



Seramai 29 daripada 44 Adun itu adalah daripada GRS, manakala bakinya daripada PH (tujuh), BN (lima), PAS (satu), Parti Harapan Rakyat Sabah (satu) dan Bebas (satu), lapor The Star.



Sabah mempunyai sejumlah 79 Adun.



Datuk Bung berkata Datuk Anwar, yang dijadual tiba di Sabah dari Jakarta sekitar 8 malam semalam, dijangka berbincang dengan semua pihak - GRS, Barisan dan Warisan - untuk mencari penyelesaian kepada kebuntuan politik semasa di negeri Sabah itu.



Difahamkan Barisan, Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) turut mendesak supaya diwujudkan satu kerajaan perpaduan Sabah "sebenar" melibatkan semua parti termasuk PH dan parti komponen GRS.



Satu sumber memberitahu The Star bahawa sebagai sebahagian "perjanjian damai", parti pembangkang Sabah mendesak agar Datuk Hajiji diganti kerana beliau dikatakan "tidak mempunyai parti".



"Ia mestilah kerajaan perpaduan sebenar. Semua pihak mesti disertakan - GRS, PH, Barisan, Warisan dan KDM," kata sumber itu, sambil menambah bahawa mereka akan mencadangkan ini semasa mesyuarat tersebut.



Datuk Anwar, yang mengadakan lawatan dua hari ke Indonesia mulai kelmarin, dijadual terbang terus ke Kota Kinabalu selepas lawatan itu dan dijangka disertai timbalannya, Datuk Seri Datuk Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden BN.



Perdana menteri Malaysia itu dijadual mengadakan rundingan damai dengan Datuk Hajiji, Datuk Bung dan presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung krisis politik yang dicetuskan oleh tindakan BN Sabah untuk menarik balik sokongannya daripada kerajaan negeri pimpinan GRS.



Sabtu lalu, Datuk Anwar memberitahu wartawan bahawa beliau akan memberi perhatian khusus kepada perkembangan di Sabah selepas pulang dari Jakarta dan menegaskan bahawa keadaan masih "tenang".



Sehingga kini, PH Sabah kekal sebagai "penentu kuasa", dengan tujuh Adun, kerana kedua-dua GRS dan kumpulan Barisan-Warisan tidak mempunyai 40 kerusi majoriti mudah yang diperlukan.



Pada masa sama, PH Sabah menyokong Datuk Hajiji untuk kekal sebagai ketua menteri, namun ia juga mendesak pembentukan satu kerajaan perpaduan.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >