Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis Ukraine: Jerman batal perjanjian senjata dengan Russia

Aug 04, 2014 | 05:27 PM



BERLIN (Jerman): Jerman telah memutuskan untuk membatalkan perjanjian menyediakan sebuah kem latihan yang lengkap untuk tentera Russia disebabkan krisis yang sedang berlaku di Ukraine, menurut laporan akhbar semalam.


Naib Canselor dan Menteri Ekonomi Jerman, Encik Sigmar Gabriel, telah "menarik balik kebenaran beliau" bagi projek kem latihan, yang telah pun dihentikan Mac lalu kerana Moscow "tidak dapat menghentikan" pergolakan rantau Crimea di Ukraine.


Akhbar harian Sueddeutsche Zeitung berkata, ia telah melihat "dokumen bertulis" termasuk keputusan untuk membatalkan kontrak yang berjumlah 100 juta euro (S$167 juta).


Russia sebelum ini mengatakan bahawa keputusan untuk menghentikan perjanjian senjata itu sebagai "tidak membina", menuduh Berlin bertindak di bawah tekanan dari Amerika Syarikat.


Kumpulan pertahanan Jerman Rheinmetall, yang merupakan kontraktor untuk kem latihan ketenteraan, telah berkata pada bulan Mac bahawa syarikat itu akan memenuhi obligasi kontrak untuk membina pusat, yang media berkata Jerman akan melatih 30,000 ahli tentera setahun.


Kem telah sepatutnya dibina di rantau Volga, dan dijadualkan untuk dibuka pada akhir tahun ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >