Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Ku Li gesa pengundi muda M'sia manfaatkan undi

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



GUA MUSANG: Pengundi berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diminta keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.



Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata menerusi pilihan raya, pengundi muda boleh memilih kerajaan yang terbaik mengikut perspektif mereka.



"Saya harap ramai anak muda mengambil peluang keluar mengundi beramai-ramai nak tukar atau mencorakkan semula pentadbiran negara.



"Kalau kita nak kepada mereka yang kita rasa yakin memberi pemerintahan yang baik, saya harap janganlah kita boikot atau pulau peluang yang terbuka ini," kata veteran politik itu dalam video menerusi Facebook semalam.



Berdasarkan data, seramai 1.14 juta orang yang tergolong pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU15.



Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, turut memberi galakan kepada belia supaya bebas memilih calon yang mereka rasa layak untuk memikul amanah diberi.



"Guna kesempatan ini (PRU15). Kalau kita tak suka kepada seseorang tak perlu undi dia. Cari dan pilih yang lain tetapi jangan sia-siakan peluang ini yang sudah diberi kepada kita… gunakan kesempatan ini sebaik mungkin," katanya.



Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian, manakala hari penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal, 15 November.



Dalam satu perkembangan lain, komponen Pakatan Harapan (PH), Parti Tindakan Demokratik (DAP), meminta kerajaan mengarahkan syarikat penerbangan dan pengangkutan awam lain menurunkan tiket perkhidmatan ke paras minimum untuk memastikan rakyat Malaysia pulang mengundi pada pilihan raya ini.



Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Encik Steven Sim, berkata harga tiket kapal terbang didapati meningkat berkali ganda sebaik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi pada 19 November depan.



"Saya menggesa kerajaan sementara mengarahkan supaya harga tiket penerbangan serta pengangkutan awam lain diturunkan ke harga minimum untuk membolehkan rakyat Malaysia pulang mengundi.



"Selain itu, bilangan penerbangan juga harus ditambah untuk tempoh itu," gesanya.



"Langkah-langkah ini amat penting terutama bagi rakyat Malaysia yang berada di luar kawasan mengundi mereka, terutama yang membabitkan Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



Beliau berkata laporan media yang melaporkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menasihati pengundi supaya membeli tiket penerbangan lebih awal adalah tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab, kerana harga itu terus melambung hanya dalam beberapa jam selepas pengumuman SPR itu.



"Sebagai contoh, harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah sekitar sebelum hari mengundi didakwa naik dalam lingkungan RM400 ($120.60) ke RM500 sehala berbanding sekitar RM200 ($60.30) sebelum itu.



"Dakwaan kenaikan harga ini bukan sahaja membabitkan Sabah dan Sarawak, malah semua destinasi utama penerbangan dalam negara termasuk Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang," katanya.



Encik Steven berkata berbeza ketika pentadbiran Pakatan Harapan, Menteri Pengangkutan ketika itu berjaya memastikan harga tiket penerbangan dikekalkan pada harga minimum ketika musim perayaan.



"Ini bukan masanya untuk mengaut keuntungan atas semangat patriotisme rakyat Malaysia dan saya menyeru syarikat penerbangan melaksanakan kewajipan sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab untuk sama-sama mendukung proses demokrasi negara Malaysia," katanya. - BHM.




"Saya harap ramai anak muda mengambil peluang keluar mengundi beramai-ramai nak tukar atau mencorakkan semula pentadbiran negara."
- Tengku Razaleigh Hamzah, Anggota Parlimen Gua Musang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >