Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kunjungan sensitif Presiden Taiwan ke AS

Tsai ikrar tekanan luar tidak hambat Taiwan dari jalin hubungan dengan dunia walau dapat bantahan keras China
Mar 31, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, yang tiba di New York bagi persinggahan sensitif di Amerika Syarikat pada Rabu, berikrar untuk tidak membiarkan tekanan luar menghalang pulau itu daripada terlibat dengan dunia selepas China mengancam tindakan balas jika beliau bertemu Speaker Dewan Amerika, Encik Kevin McCarthy.



China, yang mendakwa ia memerintah Taiwan secara demokratik sebagai wilayahnya sendiri, telah berulang kali memberi amaran kepada pegawai Amerika agar tidak bertemu Cik Tsai, yang berada di persinggahan pertamanya ke negara itu sejak 2019, melihatnya sebagai menunjukkan sokongan terhadap keinginan pulau itu untuk dilihat sebagai sebuah negara yang berasingan.



China mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran di sekitar Taiwan pada Ogos lalu apabila Speaker Dewan Rakyat Amerika, Cik Nancy Pelosi, melawat Taipei.



Angkatan bersenjata Taiwan berkata, mereka memerhatikan sebarang pergerakan China apabila Cik Tsai berada di luar negara.



Cik Tsai sedang dalam perjalanan ke Guatemala dan Belize - dua negara di Amerika Tengah - yang merupakan antara segelintir negara yang mengiktiraf Taiwan secara diplomatik.



Cik Tsai akan berada di New York sehingga Sabtu dan juga akan melawat Los Angeles sekembalinya dari Amerika Tengah.



Beliau dijangka bertemu Encik McCarthy di California, walaupun ini tidak disahkan secara rasmi.



"Tekanan luar tidak akan menghalang keazaman kami untuk pergi (jalin hubungan dengan) dunia," kata Cik Tsai sebelum berlepas di lapangan terbang antarabangsa utama Taiwan di Taoyuan.



"Kami tenang dan yakin, tidak akan mengalah mahupun memprovokasi. Taiwan akan teguh berjalan di atas jalan kebebasan dan demokrasi dan pergi ke dunia. Walaupun jalan ini bergelora, Taiwan tidak bersendirian," kata Cik Tsai.



Kedutaan tidak rasmi atau de facto Taiwan di Amerika mengesahkan ketibaan Cik Tsai di New York pada petang Rabu, dan berkata tiada satu pun acaranya dibuka untuk akhbar atau orang ramai semasa kunjungan itu.



Klip video menunjukkan Cik Tsai disambut di bandar oleh penyokong yang mengibarkan bendera.



Taiwan secara beransur-ansur kehilangan pengiktirafan rasmi daripada lebih banyak negara apabila mereka beralih ke Beijing.



Sebuah lagi negara di rantau Amerika Tengah, Honduras, telah menukar kesetiaan dari Taiwan ke China pada Ahad lalu, sekali gus menyaksikan hanya 13 negara sahaja yang menjalin hubungan rasmi dengan Taiwan.



Beijing berkata, Taiwan sebahagian dari "satu China" dan sebagai wilayah China, tidak mempunyai hak untuk menjalin hubungan antara negara.



Taiwan bagaimanapun mempertikaikan perkara ini.



Taiwan ialah isu wilayah China paling sensitif dan menjadi isu utama dalam perbalahannya dengan Washington, yang seperti kebanyakan negara, hanya mengekalkan hubungan tidak rasmi dengan Taipei.



Namun begitu, Amerika dikehendaki oleh undang-undangnya sendiri untuk menyediakan pulau itu dengan keupayaan mempertahankan dirinya dan membenarkan tentera Amerika membuat lawatan persinggahan tidak rasmi.



Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan-China, Cik Zhu Fenglian, berkata di Beijing bahawa jika Cik Tsai bertemu dengan Encik McCarthy, China "pasti akan mengambil langkah untuk menentangnya dengan tegas."



Cik Xu Xueyuan, yang bertanggungjawab di Kedutaan China di Washington, memberitahu pemberita pertemuan sedemikian "boleh membawa kepada satu lagi konfrontasi serius dalam hubungan China-Ameria".



"Kami telah membuat perwakilan serius kepada pihak Amerika pada banyak kesempatan dan dengan jelas memberitahu mereka bahawa semua akibat harus ditanggung oleh pihak Amerika," katanya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >