Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

AS kutuk langkah Israel lulus permit bangunan kepada peneroka di Tebing Barat

Jun 27, 2023 | 01:59 PM



BAITULMAKDIS/WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Isnin membantah keputusan pihak berkuasa Israel meluluskan pembinaan sekitar 5,700 unit rumah tambahan untuk peneroka Yahudi di Tebing Barat yang diduduki.


Amerika “sangat resah” dengan langkah itu, kata Encik Matthew Miller, jurucakap Jabatan Negara kepada pemberita, sambil menambah pegawai Amerika telah menjelaskan secara terbuka dan secara peribadi kepada Israel mengenai tentangan mereka terhadap rancangan tersebut.

Kebanyakan negara menganggap penempatan yang dibina di atas tanah yang diduduki Israel dalam perang Timur Tengah pada 1967, sebagai haram, kerana ia milik Palestin.

Kehadiran mereka adalah salah satu isu asas dalam konflik Israel-Palestin.

Rancangan untuk pembinaan unit-unit perumahan di pelbagai kawasan di Tebing Barat telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Tertinggi Israel.

Kelulusan akhir telah diberikan kepada 818 unit manakala yang lain dalam pelbagai peringkat kelulusan. Kepimpinan peneroka Yahudi memuji keputusan itu.

“Saya berterima kasih kepada pemerintah Israel atas pembangunan berterusan penempatan Israel,” kata Encik Shlomo Ne’man, ketua Majlis Wilayah Gush Etzion Tebing Barat dan pengerusi Majlis Yesha.

“Pada hari-hari yang sukar, ini adalah jawapan Zionis yang paling sesuai untuk semua mereka yang ingin memusnahkan kita,” tambahnya.

Rakyat Palestin berusaha untuk menubuhkan sebuah negara merdeka di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu kota mereka.

Bagaimanapun, peneroka Israel mendakwa mereka mempunyai hubungan bersejarah dengan tanah itu.

Rundingan damai yang diuruskan oleh Amerika telah dibekukan sejak 2014.

Washington, yang ada kalanya mengalami hubungan tegang dengan pakatan berusia enam bulan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, telah berulang kali memberi amaran kepada pegawai Israel bahawa perluasan penempatan adalah penghalang kepada perdamaian dengan Palestin.

“Peluasan petempatan menjejaskan daya maju geografi penyelesaian dua negara, memburukkan lagi ketegangan, dan seterusnya menjejaskan kepercayaan antara kedua-dua pihak,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika.

“Kami juga bimbang dengan laporan perubahan kepada sistem pentadbiran petempatan Israel yang mempercepatkan perancangan dan kelulusan penempatan,” kata Encik Miller.

Sejak memegang jawatan pada Januari, gabungan Netanyahu telah meluluskan lebih 7,000 unit rumah baru, paling ke dalam di Tebing Barat.

Dalam responsnya terhadap rancangan Israel itu, Pihak Berkuasa Palestin, yang menjalankan pemerintahan sendiri di beberapa bahagian Tebing Barat, mengisytiharkan boikot terhadap mesyuarat berjadual dengan Jawatankuasa Ekonomi Bersama Israel.

Kumpulan Islam Palestin Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza, mengecam tindakan itu, berikrar untuk menentang apa yang mereka lihat sebagai pencerobohan ke atas tanah mereka dengan apa-apa cara yang perlu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >