Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Kyiv tuduh Russia guna gas ugut negara Eropah

Moscow dikatakan potong bekalan ke Poland, Bulgaria
Apr 28, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Kyiv menuduh Russia melakukan ugutan ke atas Eropah dengan memotong bekalan gas ke Poland dan Bulgaria, sedang konflik di Ukraine terus meruncing.



Ketegangan, malah, dapat dirasakan di negara jiran Moldova, dengan Moscow memberi amaran kepada Barat agar berundur.



Anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan seteru kuat Russia, Poland, antara negara Eropah yang mendesak agar sekatan paling tegas dikenakan ke atas Moscow kerana menyerang Ukraine.



Negara sekutu, Bulgaria, hampir bergantung sepenuhnya pada gas import dari Russia.



Firma gergasi penjana tenaga Russia, Gazprom, memaklumkan Poland dan Bulgaria bahawa bekalan gas akan dihentikan mulai semalam.



Ini bermakna, Poland dan Bulgaria akan menjadi antara negara pertama yang berdepan potongan bekalan gas oleh pembekal utama Eropah sejak Moscow memulakan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari.



Pemotongan bekalan gas itu disusuli sekatan yang dikenakan oleh Warsaw terhadap syarikat dan pengusaha dari Russia, yang dilihat sebagai pendirian pro-Barat.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menuntut negara yang disifatkan sebagai "tidak mesra" supaya bersetuju pada skim di mana mereka membuka akaun dengan Gazprombank dan membayar import gas menggunakan mata wang euro atau dolar, yang kemudian ditukarkan kepada rouble Russia.



Minggu lalu, Suruhanjaya Eropah berkata syarikat Kesatuan Eropah (EU) mungkin boleh memenuhi tuntutan Russia untuk menerima bayaran gas dalam mata wang rouble, tanpa melanggar terma sekatan jika pembayaran dibuat dalam euro atau dolar yang akan ditukarkan kepada mata wang Russia itu.



Syarikat gas Poland, PGNiG, yang perjanjian bekalan gasnya bakal tamat hujung tahun ini, dilaporkan berkata ia tidak akan akur pada skim pembayaran sedemikian dan melanjutkan kontrak sedia ada.



Syarikat itu juga tidak melanjutkan perjanjian transit gas bersama Gazprom pada 2020 dan sejak itu pembekal gas Russia itu terpaksa menyertai lelong kapasiti paip bekalan menerusi Yamal-Eropah dari Belarus ke Poland.



Kontrak pembekalan gas Poland bersama Gazprom membabitkan 10.2 bilion meter padu (bcm) setiap tahun dan meliputi sekitar 50 peratus penggunaan negara.



Terdahulu, data daripada rangkaian operator transmisi gas EU menunjukkan aliran gas menerusi laluan paip Yamal-Eropah sudah dihentikan tetapi disambung semula kelmarin.



Menteri Iklim Poland berkata bekalan tenaga ketika ini terjamin, sekali gus menyaksikan tiada keperluan menggunakan rizab gas manakala bekalan gas kepada pengguna tidak akan dipotong.



Gazprom turut memaklumkan syarikat gas Bulgaria, Bulgargaz, bahawa bekalan gas akan dihentikan semalam, kata menteri tenaga.



Bulgaria juga mempunyai kontrak yang bakal tamat hujung tahun ini, di mana negara itu bergantung pada 90 peratus gas yang diimport menerusi Gazprom, iaitu sekitar 3 bcm setiap tahun.



Penganalisis data firma ICIS, Encik Tom Marzec-Manser, berkata: "Ini amaran awal oleh Russia".



"Poland mempunyai pendirian anti-Russia dan Gazprom sejak beberapa tahun lalu, tetapi Bulgaria tidak, justeru apabila Bulgaria juga berdepan nasib sama, ia suatu perkembangan baru," katanya.



Hanya segelintir pembeli gas Russia, seperti Hungary dan Uniper, iaitu pengimport utama Jerman bagi gas Russia, berkata ada kemungkinan mereka meneruskan bekalan mengikut skim pembayaran yang diumum Moscow tanpa melanggar sekatan EU. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >