Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laluan Koswe, Linkedua tidak begitu sesak semasa hujung minggu Raya

Badan pelancongan Johor berkata ini mungkin disebabkan warga S'pura tangguh perjalanan bagi elak jangkitan Covid-19
Apr 26, 2023 | 08:57 AM



JOHOR BAHRU: Pemain industri pelancongan di Johor menjangka kemasukan ramai orang dari Singapura pada hujung minggu sempena Hari Raya Aidilfitri, tetapi sebaliknya mereka menyaksikan bahawa rakyat Singapura yang menyeberangi Tambak semasa cuti perayaan itu tidak seperti yang dijangkakan.



Mereka berkata walaupun Hari Raya pertama jatuh pada hujung minggu, kesesakan yang biasa berlaku di dua pusat pemeriksaan sempadan antara Johor dengan Singapura tidak kelihatan.



Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Johor, Encik Jimmy Leong Wei Kong, berkata:



"Dengan Hari Raya jatuh pada Sabtu kali ini, kami menjangka ketibaan sejumlah besar rakyat Singapura.



"Anehnya, kali ini agak sunyi. Trafik di Tambak Johor dan Linkedua lancar, yang jarang berlaku pada waktu perayaan.



"Selain mereka yang datang ke sini untuk menyambut Hari Raya, kami juga menjangkakan pengunjung lain akan ke Johor untuk memanfaatkan cuti mereka, tetapi kali ini tidak begitu," katanya kepada The Star.



Encik Leong percaya peningkatan kes Covid-19 di Singapura mungkin menjadi faktor.



"Terdapat lonjakan kes Covid-19 di Singapura dan ramai yang mungkin mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak dijangkiti.



"Ini mungkin termasuk menangguhkan perjalanan ke tempat lain termasuk ke Johor," katanya.



Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia Johor, Encik Ivan Teo, berkata kadar penginapan hotel pada Hari Raya kali ini adalah kira-kira 20 peratus lebih rendah berbanding 2019, ketika sempadan dibuka kali terakhir sebelum wabak Covid-19 melanda.



"Malah tempahan bagi bufet Ramadan juga lebih rendah tahun ini.



"Tahun lalu, terdapat lonjakan tempahan semasa Hari Raya kerana sempadan baru dibuka semula dan ramai rakyat Singapura teruja untuk menghabiskan percutian mereka di sini semula. Namun, tahun ini keadaannya lebih perlahan," katanya.



Encik Teo menambah bahawa jerebu juga mungkin menyumbang kepada penurunan jumlah pengunjung ke Johor pada musim perayaan ini.



Namun, Pengarah Pelancongan Johor, Encik Suhairi Hashim, berkata jumlah ketibaan dari Singapura tidak menurun.



"Kita tidak boleh bandingkan dengan tahun lalu kerana pada masa itu sempadan baru dibuka semula, tetapi jika kita bandingkan dengan masa prapandemik, ia hampir sama," katanya. - The Star.



MALAYSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >