Topic followed successfully
Go to BHkuLaluan rasmi ditutup, tetapi pendaki masih lolos ke Gunung Dukono
Laluan rasmi ditutup, tetapi pendaki masih lolos ke Gunung Dukono
Pihak berkuasa akui pendaki masuki kawasan larangan walaupun laluan rasmi ditutup sejak April lalu
May 11, 2026 | 3:49 PM
Laluan rasmi ditutup, tetapi pendaki masih lolos ke Gunung Dukono
Anggota penyelamat membawa mayat mangsa letusan Gunung Dukono di Halmahera Utara, Indonesia, pada 9 Mei 2026. - Foto EPA
HALMAHERA UTARA: Pihak berkuasa daerah Halmahera Utara di Maluku Utara mengakui masih terdapat kelemahan kawalan di sekitar Gunung Dukono selepas letusan gunung berapi aktif itu mengorbankan tiga pendaki, walaupun laluan pendakian rasmi telah ditutup sejak April lalu.
Bupati Halmahera Utara, Piet Hein Babua, berkata aktiviti Gunung Dukono menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini sehingga pemerintah daerah mengambil keputusan menutup kawasan pendakian secara kekal bermula 17 April 2026.
Laporan berkaitan
Mangsa korban Gunung Berapi Dukono penggemar kegiatan kembara jalan kakiMay 10, 2026 | 9:20 PM

