Sebagai penggemar kegiatan kembara berjalan kaki, Encik Shahin Muhrez Abdul Hamid mendaki tiga gunung tatkala beliau mengembara di wilayah Maluku Utara buat kali pertama, dengan Gunung Berapi Dukono sebagai gunung terakhir untuk didakinya.

Beliau, yang baru mendirikan rumah tangga pada Oktober 2025 dan baru mendapat flat di Sengkang, dijangka pulang ke Singapura pada 10 Mei selepas pendakian itu.