THE HAGUE (Belanda): Pejabat pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah meminta agar dikeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu; Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant; dan juga tiga pemimpin Hamas, kerana melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
Berikut apa yang berlaku seterusnya dan bagaimana langkah pendakwa ICC mungkin memberi kesan kepada hubungan diplomatik dan kes mahkamah lain yang tertumpu di Gaza.
Permintaan pendakwa, Encik Karim Khan, akan dibawa ke kamar praperbicaraan.
Dewan itu akan dianggotai oleh tiga hakim, terdiri daripada Ketua Hakim, Dr lulia Motoc dari Romania; Hakim Mexico, Cik Maria del Socorro Flores Liera; dan, Hakim dari Benin di Afrika, Cik Reine Alapini-Gansou.
Tiada tarikh akhir untuk hakim memutuskan sama ada akan mengeluarkan waran tangkap.
Dalam kes sebelum ini, hakim mengambil masa dari lebih sebulan hingga beberapa bulan.
Jika hakim bersetuju terdapat “alasan munasabah” untuk mempercayai jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan telah dilakukan, mereka akan mengeluarkan waran tangkap.
Waran mesti menamakan orang itu, jenayah khusus yang membawa pada penangkapan dan kenyataan fakta yang didakwa membentuk jenayah tersebut.
Hakim boleh meminda permintaan waran tangkap dan memberikan hanya sebahagian daripada apa yang dicari oleh pihak pendakwa. Pendakwaan juga boleh ditukar dan dikemas kini kemudiannya.
Pemimpin Israel dan Hamas telah menolak dakwaan melakukan jenayah perang, dan wakil kedua-dua pihak mengkritik keputusan Encik Khan.
Piagam Rome, pengasas ICC digabungkan dengan perundangan daripada kes masa lalu yang melibatkan waran tangkap terhadap ketua negara, yang bersidang mewajibkan semua 124 negara penandatangan ICC, untuk menangkap dan menyerahkan mana-mana individu yang tertakluk kepada waran tangkap ICC, jika mereka menjejakkan kaki di wilayah mereka.
Bagaimanapun, mahkamah tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan tangkapan.
Sekatan untuk tidak menangkap seseorang akan merujuk kembali kepada perhimpunan negara anggota ICC, dan akhirnya merujuk kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Peraturan mahkamah membenarkan Majlis Keselamatan PBB menerima pakai ketetapan yang akan menangguhkan siasatan atau pendakwaan sehingga suatu tarikh pada bila-bila masa.
Dalam kes sebelumnya, apabila negara telah mengabaikan kewajipannya untuk menangkap individu yang menghadapi waran ICC, mereka hanya dikecam.
Israel atau pihak berkuasa Palestin juga boleh secara rasmi membuat petisyen kepada pejabat pendakwa, bagi menangguhkan kes tersebut, kerana mereka sedang menyiasat atau mendakwa orang yang sama atas dakwaan perbuatan jenayah yang sama.
Pendakwa raya kemudiannya perlu menangguhkan kes dan menyemak semula jika negeri yang meminta penangguhan itu benar-benar menjalankan siasatan.
Jika pendakwa menganggap siasatan nasional tidak memadai, mereka boleh memohon supaya hakim membuka semula siasatan.
Mereka boleh berbuat demikian. Baik permohonan waran mahupun pengeluaran waran tangkap ICC, tidak menyekat kebebasan individu untuk melakukan perjalanan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja waran tangkap dikeluarkan, mereka berisiko ditangkap, jika mereka pergi ke negara yang menandatangani keputusan ICC itu.
Tiada sekatan ke atas pemimpin politik, penggubal undang-undang atau diplomat daripada bertemu individu yang dikenakan waran tangkap ICC.
Tidak secara langsung, tetapi mungkin secara tidak langsung.
Permohonan ICC adalah perkara yang berasingan.
Sebagai contoh, kes mahkamah yang menuntut sekatan senjata terhadap Israel, atau percubaan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel ke atas Rafah.
Jika hakim memutuskan ada alasan yang munasabah, untuk mempercayai Encik Netanyahu dan Encik Gallant, melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, ia boleh mengukuhkan cabaran undang-undang yang menuntut sekatan senjata di tempat lain.
Ini kerana banyak negara mempunyai peruntukan terhadap penjualan senjata kepada negara yang mungkin menggunakannya dengan cara yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. – Reuters.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg