Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Langkah Indonesia anugerah konsesi lombong arang batu kepada Nahdlatul Ulama timbulkan pertikaian

NOTA DARI JAKARTA
Jun 17, 2024 | 5:30 AM
Kegiatan perlombongan masih lagi aktif di Samarinda, ibu negeri Kalimantan Timur sedang Indonesia menyaksikan pemerintah mengeluarkan peraturan membenarkan pertubuhan agama menguruskan aset perlombongan.
Kegiatan perlombongan masih lagi aktif di Samarinda, ibu negeri Kalimantan Timur sedang Indonesia menyaksikan pemerintah mengeluarkan peraturan membenarkan pertubuhan agama menguruskan aset perlombongan. - Foto ST

Walaupun statusnya dihormati sebagai organisasi Islam terbesar Indonesia dengan pengikut setia yang tersebar di luar kepulauan yang luas, Nahdlatul Ulama (NU), berada dalam keadaan sukar selepas kepimpinannya mengalu-alukan keputusan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo untuk memberikan konsesi perlombongan milik pemerintah kepada pertubuhan tersebut.

Semasa persidangan dengan anggota parlimen dari Dewan Perwakilan yang bertanggungjawab terhadap pelaburan dan industri, Menteri Pelaburan Encik Bahlil Lahadalia, pada 12 Jun, mempertahankan keputusan pemerintah untuk memberikan NU konsesi perlombongan arang batu milik Kaltim Prima Coal (KPC), sebuah syarikat perlombongan di wilayah Kalimantan di Kutai Timur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg