Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jokowi pastikan pemilihan ketat beri permit perlombongan kepada kumpulan agama

Jun 6, 2024 | 3:16 PM
Gambar ilustrasi aktiviti perlombongan arang batu di Bukit Asam, yang merupakan sebahagian daripada syarikat emas industri perlombongan pemerintah.
Gambar ilustrasi aktiviti perlombongan arang batu di Bukit Asam, yang merupakan sebahagian daripada syarikat emas industri perlombongan pemerintah. - Foto Ihsan Bukit Asam

BALIKPAPAN, Kalimantan: Presiden Joko “Jokowi” Widodo menegaskan bahawa keputusannya memberikan permit melombong kepada pertubuhan agama, dibuat melalui proses pemilihan yang ketat.

Pada Mei 2024, Presiden Jokowi menandatangani Peraturan nombor 25/2024, membenarkan pertubuhan agama menguruskan kawasan perlombongan milik pemerintah.

Peraturan itu memberi organisasi agama keupayaan untuk mendapatkan lesen khas untuk konsesi perlombongan.

“Syaratnya sangat ketat, sama ada diberikan kepada koperasi dalam organisasi agama atau mungkin entiti perniagaan dan lain-lain.

“Jadi, entiti perniagaan yang diberi, bukan organisasi,” jelas Jokowi selepas meninjau bangunan Istana Negara Nusantara, di Kalimantan Timur pada 5 Jun 2024, seperti dipetik Jakarta Globe.

Pengarah Eksekutif Persatuan Perlombongan Indonesia (IMA), Encik Hendra Sinadia berkata, pertubuhan agama berhak menguruskan perlombongan asalkan mempunyai permit melombong.

Encik Hendra menegaskan sesiapa yang ditawarkan permit melombong, perlu mematuhi penentuan dan syarat yang ditetapkan.

“Terutama amalan perlombongan yang baik, pengurusan alam sekitar, pembayaran kepada negeri, dan lain-lain yang dikawal ketat,” kata Encik Hendra Sinadia semasa pertemuan di Bursa Saham Indonesia (BEI) di Jakarta Selatan, pada 4 Jun 2024.

Encik Hendra menekankan bahawa usaha perlombongan memerlukan pakar yang cekap dan komitmen yang tinggi, kerana keperluan ketat industri, termasuk memastikan keselamatan pelombong dan mengekalkan tanggungjawab alam sekitar.

Menteri Pelaburan. Encik Bahlil Lahadalia berkata bahawa pemerintah merancang untuk memberikan konsesi perlombongan arang batu dengan rizab yang besar, kepada lembaga eksekutif organisasi Islam terbesar di Indonesia Nahdlatul Ulama (NU).

“Kami akan memberikan konsesi perlombongan yang menyimpan rizab arang batu yang agak besar untuk Nahdlatul Ulama menguruskan, demi memanfaatkan pertubuhan itu, kata Encik Bahlil baru-baru ini.

Menurut Perkara 83A peraturan itu, “Untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, lesen perniagaan pertambangan khas boleh diutamakan untuk badan perniagaan yang dimiliki oleh organisasi keagamaan”.

Organisasi agama mesti memegang kepentingan mengawal dalam entiti perniagaan, untuk layak mendapat lesen.

Lesen tidak boleh dipindah milik tanpa kelulusan daripada Menteri Tenaga dan Sumber Mineral.

Selain itu, pemegang lesen dilarang bekerjasama dengan pemegang lesen sebelumnya di kawasan perlombongan yang sama, atau gabungannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg