Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langkah keterlaluan kurangi risiko dengan China akan akibatkan ekonomi dunia yang pecah belah: DPM Wong

May 25, 2023 | 04:01 PM



TOKYO: Seruan untuk mengurangkan risiko dengan China, meskipun tidak memisahkan hubungan semata-mata, boleh juga membawa kepada ekonomi dunia yang lebih berpecah belah, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong, pada Khamis.

“Adalah sukar untuk melihat bagaimana pengurangan risiko, dari segi apa yang dirancang dan skalanya sekarang, boleh dihadkan kepada hanya beberapa kawasan strategik tanpa menjejaskan interaksi ekonomi yang lebih luas,” kata Encik Wong.

“Jika pengurangan risiko dilakukan secara berlebihan, ia akan menimbulkan reaksi dan akibat yang tidak diingini. Lama kelamaan, kita akan berakhir dengan ekonomi global yang lebih berpecah belah dan terpisah,” tambahnya.

Berucap kepada pemimpin perniagaan, ahli akademik dan media di persidangan antarabangsa Masa Depan Asia anjuran Nikkei di Tokyo, Jepun, Encik Wong menggunakan istilah terbaru yang muncul di sidang puncak ekonomi maju Kumpulan Tujuh (G-7) yang baru berakhir di Hiroshima minggu lalu.

Pemimpin telah memperkenalkan istilah “mengurangkan risiko” dalam mesej mereka buat kali pertama, dalam usaha memberi gambaran yang lebih positif dan kurang agresif berbanding istilah yang mereka gunakan sebelum ini iaitu “berpisah”.

Pemimpin G-7 berkata mengurangkan risiko adalah berbeza berbanding perpisahan, kerana mengurangkan risiko bermakna mengurangkan “pergantungan yang berlebihan” dalam rantaian bekalan penting, seperti dengan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana negara untuk bekalan bahan atau sebagai sebuah pasaran.

China telah mengkritik kenyataan mereka dan melihatnya sebagai ungkapan halus untuk pembendungan.

Dalam ucapannya, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, mengakui dapat difahamkan mengapa negara dan syarikat berusaha untuk mengurangkan risiko atau melakukan pempelbagaian.

“Tiada siapa yang mahu terlalu bergantung kepada satu pembekal untuk bahan mentah, komponen utama atau teknologi,” katanya.

Tetapi beliau memerhatikan garisan geopolitik jelas mula dilakar.

Terdapat tanda-tanda aliran pelaburan langsung asing global “menjadi lebih tertumpu di kalangan negara yang sejajar secara geopolitik”, katanya.

Ini menandakan perubahan ketara daripada globalisasi sepanjang tiga dekad lalu, apabila pelabur memperuntukkan modal berdasarkan pertimbangan perniagaan, dan firma mewujudkan kehadiran mereka di seluruh dunia dan bergabung dalam rantaian bekalan global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >