BANGKOK: Ketegangan terus meningkat di Thailand apabila junta tentera yang memerintah membayangkan bahawa pilihan raya yang telah lama ditangguhkan akan ditangguhkan sekali lagi - penangguhan kelima dalam masa kurang lima tahun.
Pada 13 Januari, dalam salah satu bantahan prodemokrasi terbesar di Thailand dalam masa empat tahun, beratus-ratus orang menunjuk perasaan untuk kali ketiga dalam seminggu bagi mengkritik kerajaan tentera kerana kelihatan akan memungkiri jaminan mereka bahawa pilihan raya akan menjadi kenyataan akhirnya pada 24 Februari.