Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laporan dakwa ‘peranan penting’ isteri Jokowi dorong anak jadi calon naib presiden

Nov 22, 2023 | 11:41 AM



JAKARTA: Para penyokong Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo telah berusaha meredakan kesan laporan mengenai peranan penting yang dilakukan oleh Ibu Negara, Cik Iriana Widodo, dalam membantu dan menyokong anak sulung mereka, Encik Gibran Rakabuming Raka, untuk mencapai kedudukan tinggi dalam kerjaya politik.


Setiausaha Kempen Pasukan (TKN) Prabowo (Subianto)-Gibran, Encik Nusron Wahid, menolak laporan majalah Tempo tentang peranan Cik Iriana di belakang tabir dalam usahanya mengangkat Encik Gibran sebagai calon naib presiden dan menganggap ia hanya sokongan biasa daripada seorang ibu kepada anaknya serta adalah wajar seorang ibu bertindak sedemikian bagi anaknya itu.


“Beliau adalah ibunya. Tentu saja sebagai ibu, beliau akan menyokong, mendoakan dan memberikan restunya ketika melihat anaknya bertanding dalam perlumbaan presiden,” kata Encik Nusron yang juga anggota kanan Parti Golkar kepada wartawan pada Selasa.

Parti Gerindra, yang diketuai Encik Prabowo, menyatakan bahawa tuduhan terhadap Cik Iriana campur tangan dalam pemilihan umum yang akan datang adalah tuduhan yang tidak berasas serta bersifat fitnah.

“Saya tidak faham bagaimana hubungan ibu dan anak boleh dipandang sebagai sesuatu yang buruk,” ujar Timbalan Pengerusi Parti Gerindra, Encik Habiburokhman.

Laporan yang diterbitkan oleh Tempo pada hujung minggu mendakwa Cik Iriana memainkan peranan penting dalam membantu Encik Gibran menjadi calon naib presiden, termasuk menghimpunkan anggota keluarga besar dan melobi usahawan di Surakarta serta kumpulan penyokong Encik Jokowi untuk menyokong anaknya.


Proses itu bermula setelah Cik Iriana dilaporkan kecewa dengan cara Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) memperlakukan Encik Jokowi, terutama apabila Pengerusi PDI-P, Cik Megawati Sukarnoputri, mengingatkan Encik Jokowi bahawa beliau “adalah nobody (bukan siapa-siapa) tanpa partinya itu”.


Sehari setelah Cik Megawati menetapkan Encik Ganjar Pranowo sebagai calon presiden dari PDI-P pada April, Cik Iriana memberitahu keluarganya bahawa Encik Gibran mungkin akan berganding dengan Encik Prabowo. Ini walaupun undang-undang menghalang Encik Gibran daripada bertanding kerana usianya yang muda.

Cik Iriana kemudian melobi keluarga dan rakan-rakan untuk menyokong Encik Gibran. Beliau turut mewujudkan saluran komunikasi antara kedua-dua keluarga dan sebuah pasukan untuk pencalonan Encik Gibran.

Sumber dalaman mengatakan bahawa tidak semua anggota keluarga bersetuju dengan langkah Encik Gibran untuk diangkat dengan cepat sebaliknya lebih suka jika beliau melangkah dalam politik secara bertahap.

Cik Iriana juga dilaporkan melobi usahawan yang dulu bekerjasama dengan Encik Jokowi ketika beliau seorang usahawan perabot, dan anggota Persatuan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) di Surakarta. Kebanyakan anggota HIPMI Surakarta kini menyokong pasangan Prabowo-Gibran dalam pilihan raya 2024.

Langkah Cik Iriana itu bermula sebelum Mahkamah Konstitusi memberi ‘lampu hijau’ kepadanya untuk bertanding, lapor The Jakarta Post.


Pengkritik mendakwa keputusan Mahkamah Konstitusi itu adalah langkah strategik untuk membina dinasti politik oleh ‘keluarga Jokowi’ sebelum penggal kedua dan terakhir Encik Jokowi berakhir pada 2024.

Ketua Hakim, Encik Anwar Usman, yang juga adalah ipar kepada Encik Jokowi, didapati bersalah atas pelanggaran etika kerana tidak mengundurkan diri daripada kes tersebut.

Encik Gibran sendiri telah menolak laporan tentang peranan ibunya dalam pencalonannya sebagai naib presiden, meminta orang awam dan media agar tidak membuat spekulasi.

“Laporan tentang ibu saya, menurut saya, hanya gosip. Tidak perlu dibesar-besarkan,” kata Encik Gibran kepada wartawan di Dewan Bandaraya Surakarta pada Isnin, seperti yang dilaporkan oleh Tempo.co.


Pasangan Subianto-Gibran bakal bersaing menentukan presiden dan naib presiden dengan pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD dalam pilihan raya Februari 2024. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >