Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laporan ramal krisis kemanusiaan dijangka tambah buruk pada 2024

Dec 14, 2023 | 03:49 PM



MEXICO CITY: Perubahan iklim, konflik bersenjata yang semakin teruk, beban hutang yang semakin meningkat dan sokongan antarabangsa yang semakin mengecil, akan mempercepatkan krisis kemanusiaan di seluruh dunia pada 2024, kata Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) dalam satu laporan pada 14 Disember.


Dalam Senarai Pemerhatian Kecemasan 2024, IRC – yang berpangkalan di New York – menyebut 20 negara yang sebahagian besarnya di Afrika berisiko paling besar menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin buruk pada 2024.

Laporan itu dibuat selepas jumlah orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan pada 2023 meningkat kepada 300 juta, manakala mereka yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka meningkat kepada 110 juta.

“Ini adalah masa yang paling buruk,” kata ketua IRC, Encik David Miliband, dalam satu kenyataannya.

Beliau menggesa lebih banyak penekanan dibuat bagi penyesuaian iklim, pemerkasaan wanita, perbankan ‘rakyat didahulukan’, sokongan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal dan tindakan yang membendung sewenang-wenangnya.

Sudan menduduki tempat teratas dalam senarai pemerhati kecemasan IRC, diikuti dengan wilayah Palestin yang diduduki Israel, dan Sudan Selatan.

Di bawahnya terdapat sembilan negara sub-Sahara; Myanmar dan Afghanistan di Asia; Syria, Lebanon dan Yaman di Timur Tengah; Ukraine di Eropah; Ecuador dan Haiti di Amerika Selatan; dan Caribbean.

Sebanyak 20 wilayah itu menyumbang kira-kira 10 peratus daripada penduduk dunia, namun membentuk 86 peratus daripada keperluan kemanusiaan sejagat, 70 peratus adalah orang yang berpindah tempat kediaman di samping semakin ramai yang menghadapi kemiskinan serta risiko iklim, kata IRC.

Sudan, yang tidak termasuk dalam senarai itu pada 2022, kini mendahului senarai gara-gara kekacauan besar yang “mendapat perhatian antarabangsa yang minimal”, katanya IRC.

Sementara wilayah Palestin di Gaza melangkah ke 2024 sebagai tempat paling berbahaya bagi orang awam di dunia ini.

Walaupun beberapa negara Afrika mencapai peningkatan taraf hidup, konflik, rampasan kuasa dan kemiskinan meningkat pada “kadar yang membimbangkan”, kata IRC manakala fenomena cuaca El Nino pula mencetuskan ancaman buruk terhadap iklim.

Ecuador – rumah kepada ramai pelarian Venezuela – menyertai senarai itu buat kali pertama berikutan peningkatan dalam jenayah kekerasan yang sebahagian besarnya dikaitkan negara itu dengan pengedaran dadah, diburukkan lagi ekoran kesan ekonomi daripada pandemik dan risiko iklim, tambahnya.

Sementara itu di Haiti, IRC menunjukkan hampir separuh penduduk di negara itu memerlukan bantuan kemanusiaan.

Menurut IRC, “tidak mungkin” usaha Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang berpotensi untuk membantu polis memerangi kumpulan bersenjata yang berkuasa, akan memperbaiki keadaan dengan ketara pada 2024. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >