Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Laporan siasatan cuba guling kerajaan diserah pada Peguam Negara

Jun 08, 2023 | 05:47 PM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah menyerahkan laporan siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung laporan berkaitan satu kumpulan beberapa buah parti termasuk anggota parlimen, yang dikatakan merancang untuk menggulingkan kerajaan perpaduan.


Dalam jawapan bertulisnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail, berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berdasarkan dua laporan yang dibuat terhadap dua pemimpin parti Perikatan Nasional (PN).

“Kedua-dua laporan siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat AG untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” ujar beliau.

Datuk Saifudin berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan RSN Rayer yang bertanya kepada kerajaan tentang tindakan terhadap parti-parti berkenaan termasuk anggota parlimennya, yang dikatakan terlibat aktif dalam pakatan untuk menggulingkan kerajaan perpaduan dan membuat kenyataan memfitnah dan menghasut.

Dua anggota parlimen yang dimaksudkan itu adalah Datuk Seri Shahidan Kassim dan presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Datuk Shahidan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana membuat kenyataan berkenaan rancangan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara Tan Sri Abdul Hadi pula sedang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan kenyataannya yang dirakamkan di video mengenai apa yang dikatakan percubaan untuk menggulingkan kerajaan sekarang melalui sistem demokratik negara.

Awal dari itu, Datuk Anwar mencabar mereka yang ingin menggulingkan Kerajaan Persekutuan supaya mengajukan usul undi tidak yakin terhadap beliau, semasa Parlimen bersidang pada 22 Mei lalu.

Beliau, yang juga anggota parlimen Tambun, berkata percakapan tentang komplot untuk menggulingkan kerajaan perpaduan harus dihentikan kerana ia boleh melemahkan pentadbiran persekutuan.

“Saya cabar mereka yang mahu menggulingkan kerajaan perpaduan ini. Saya akan berhadapan dengan semua mereka, kemukakan usul semasa sidang Parlimen, tetapi dengan satu syarat – biar ini yang terakhir supaya kita boleh fokus kepada pembangunan negara,” katanya dalam ucapan semasa acara Rumah Terbuka Madani Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Permatang Pauh, Pulau Pinang pada Sabtu.

Datuk Anwar juga memberi amaran kepada mereka yang berkenaan supaya jangan sabotaj Kerajaan Persekutuan, dan beliau berjanji bahawa kerajaan perpaduan akan mengambil tindakan sewajarnya tanpa bertolak ansur.

Beliau ingin bersemuka dengan mereka itu di Parlimen, bukan seperti Perdana Menteri sebelumnya.

Datuk Anwar berkata, kerajaan perpaduan pimpinannya masih teguh dengan sokongan 148 Anggota Parlimen, dan beliau menegaskan bahawa kesahihan kerajaan masih kukuh.

Pada 25 April lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), menafikan sebarang niat untuk menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Anwar.

Beliau berkata para pemimpin GPS, termasuk pemimpin Pertama Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beliau sendiri telah berulang kali menjelaskan bahawa keutamaan mereka adalah mewujudkan suasana politik yang stabil. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >