Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasar Larkin terbakar, tiada kecederaan dilapor

Jul 23, 2023 | 11:46 AM
DIJILAT API: Empat kedai rosak apabila Pasar Larkin yang popular dalam kalangan warga Singapura dijilat api pada Ahad. Tiada orang dilaporkan cedera.
DIJILAT API: Empat kedai rosak apabila Pasar Larkin yang popular dalam kalangan warga Singapura dijilat api pada Ahad. Tiada orang dilaporkan cedera. - Foto PEMBACA BH

JOHOR BARU: Empat kedai di Pasar Larkin hangus dijilat api selepas satu kebakaran berlaku di sana pada dinihari Ahad.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Larkin, Encik Mohd Faiz Suleiman berkata 27 pegawai bomba dikerah ke tempat kejadian selepas jabatan itu menerima panggilan sekitar 6.50 pagi.

“Dua kedai buku rosak sekitar 90 peratus kerana dijilat api. Api juga merosakkan kedai menjual kosmetik dan herba yang 70 peratus rosak, serta kedai menjual minyak wangi, yang rosak 10 peratus,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Komander itu berkata tiada kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu dan api berjaya dikawal sekitar 8.25 pagi.

Pedagang yang mengendali empat kedai yang rosak, masing-masing akan menerima bantuan RM5,000 ($1,400).

Selain itu, mereka akan ditawarkan geran atau pinjaman, kata anggota Majlis Eksekutif Negeri Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah.

Pasar Larkin, atau yang lebih dikenali sebagai Pasar Awam Larkin terletak bersebelahan Terminal Bas Larkin Sentral di Johor Baru. 

Ia popular dalam kalangan warga Singapura yang ke sana untuk beli-belah pada hujung minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg