Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laungan ‘dakwa Zahid’, ‘reformati’ di himpunan pembangkang pada Hari Malaysia

Sep 16, 2023 | 05:16 PM



KUALA LUMPUR:  Ratusan orang yang menyarung kemeja-T putih berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru pada petang 16 September untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perhimpunan itu, yang dianjurkan oleh gabungan kumpulan Melayu Islam di Malaysia, disokong oleh Perikatan Nasional (PN), diadakan sempena Hari Malaysia ke-60, untuk memperingati kelahiran negara itu pada 1963.

PN ialah gabungan parti pembangkang dalam Parlimen.

Laungan kata ‘reformati’ – yang disesuaikan daripada cogan kata reformasi yang digunakan oleh Pakatan Harapan pimpinan Datuk Anwar – didengari di sekitar masjid, menunjukkan pandangan orang yang berhimpun yang menganggap reformasi telah mati.

Menurut laporan The Malay Mail, kebanyakan yang hadir adalah lelaki muda.


Mereka berjalan ke kawasan masjid dari Dang Wangi, sebelum menghala ke pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pegawai polis berseragam dilihat memerhati keadaan tetapi perhimpunan bergerak itu dilakukan secara aman.

Polis juga telah menyekat pergerakan kenderaan di beberapa jalan raya di kawasan pusat bandar, termasuk di  Jalan Raja Abdullah dan Jalan Doraisamy.

Awal dari itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata ia akan bertindak mengikut undang-undang ke atas pihak yang menganjur perhimpunan itu pada sambutan Hari Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perhimpunan itu menunjukkan rasa tidak hormat terhadap amalan hidup toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama di negara itu.

Perhimpunan itu dianjur untuk membantah  pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) daripada pertuduhan yang diterima Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Datuk Ahmad Zahid menerima DNAA itu kerana berdepan dengan 47 tuduhan rasuah menyalahguna RM31 juta (sekitar $9 juta) milik Yayasan Akalbudi, sebuah pertubuhan kebajikan yang dimulakannya sendiri.

Beberapa kumpulan yang membentuk perikatan kumpulan Islam bergelar Ummah, dan kumpulan pelajar yang berpaut dengannya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Perkasa yang mengaku menganjurkan perhimpunan, berkata ia wajar diadakan untuk menyelamatkan Malaysia 

Mereka mendakwa pelepasan Datuk Ahmad Zahid menunjukkan campur tangan politik dalam proses mahkamah. 

Namun, DNAA bermakna Datuk Ahmad Zahid belum lagi dibebaskan daripada pertuduhan  dan boleh menghadap perbicaraan lagi bagi 47 tuduhan sama di tarikh lain. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >