Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat video ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’

Sep 13, 2023 | 2:16 PM
PERHIMPUNAN: Foto fail satu perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur.
PERHIMPUNAN: Foto fail satu perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia membuka satu kertas siasatan, membabitkan video berkaitan penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu kota Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata ia susulan pihaknya menerima laporan mengenai satu paparan klip video menerusi laman sosial oleh seorang individu yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa malam.

Setakat ini, beliau berkata polis menerima lima laporan berhubung paparan klip video itu, dengan dua individu sudah direkodkan keterangan dan empat lagi akan dipanggil bagi dirakam keterangan dalam masa terdekat.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terbabit dalam apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang. Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 55 saat, memaparkan seorang lelaki mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu sempena Hari Malaysia, dan mengenakan baju berwarna putih sebagai tanda sokongan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg