Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Lawatan Anwar ke Saudi capai kejayaan termasuk bidang ekon'

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) M'sia sangkal dakwaan pembangkang lawatan satu 'kegagalan'
Mar 27, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Malaysia mempertahankan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di sebalik dakwaan pembangkang bahawa ia merupakan suatu kegagalan.



Ketua Pengarah Jabatan J-Kom, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata walaupun tidak sempat bertemu dengan pemimpin tertinggi negara itu, Datuk Anwar tetap mencatat kejayaan termasuk dari segi ekonomi.



Antara kejayaan perdana menteri, katanya, adalah pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam dan Liga Dunia Islam di Makkah, lapor New Straits Times (NST).



Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum persefahaman (MOU) antara beberapa syarikat Malaysia dan syarikat Timur Tengah.



Dr Agus menambah, semasa lawatan tiga harinya, perdana menteri turut menghadiri taklimat oleh usahawan Malaysia mengenai penglibatan mereka dalam projek mega terbaru Arab Saudi dan membincangkan isu-isu yang melibatkan dunia Islam.



"Adakah lawatan Datuk Anwar dan apa yang dilakukannya dalam tiga hari itu masih dianggap tidak berjaya? Jika tidak, saya tidak tahu apakah ukuran kejayaan di mata pembangkang.



"Adakah (perjalanannya) tidak berjaya hanya kerana beliau tidak dapat bertemu dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, atau adakah mereka mempunyai hujah yang lebih substantif?" beliau menyoal.



"Dalam hal ini, perdana menteri telah menjelaskan sebabnya," kata mantan ahli akademik itu.



Tambah Dr Agus, dalam isu pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Arab Saudi itu, Datuk Anwar sudah menjelaskan sebabnya.



"Pemimpin Arab Saudi telah memohon supaya kunjungan perdana menteri dipanjangkan selama dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan dengan kepimpinan negara itu.



"Ia kerana Raja Arab Saudi dan putera mahkotanya menukar jadual mereka menjelang Ramadan, namun Datuk Anwar terpaksa menolak dan berjanji akan datang lagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Sebelum ini, Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional mempertikaikan lawatan rasmi pemimpin Malaysia itu dengan menyentuh bahawa tiada laporan mengesahkan Datuk Anwar bertemu dengan kedua-dua pemimpin terbabit.



Pengerusi jawatankuasa itu Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam kenyataannya turut membandingkan layanan yang diberikan Riyadh terhadap pemimpin PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Dr Mahathir Mohamad sewaktu mereka ke Arab Saudi sebagai perdana menteri.



Antara aspek yang disentuh ahli parlimen Machang itu ialah lawatan memasuki Kaabah kepada kedua-dua pemimpin terbabit.



Beliau, yang juga ketua Pemuda Bersatu, turut menuntut supaya Datuk Anwar memberikan penjelasan lawatan tersebut di Dewan Rakyat, termasuk kos keseluruhan lawatan tersebut.



Jelas Dr Agus, perdana menteri terpaksa menolak jemputan Riyadh untuk melanjutkan kunjungan tersebut kerana terikat dengan majlis rasmi lain termasuk berbuka puasa dengan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac, lawatan sehari ke Kemboja selain ke Beijing untuk menemui dua pemimpin China, Encik Xi Jinping dan Encik Li Qiang pada 29 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >