Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lawatan ke Israel: Maliki bincang sistem pendidikan masa depan

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman yang kini berada di Jordan dalam lawatannya ke Timur Tengah telah menamatkan lawatannya ke Israel dan wilayah Palestin Rabu lalu.



Semasa di Israel, beliau telah mengunjungi Universiti Tel Aviv dan Institut Teknologi Holon di Israel dan bertemu dengan presiden kedua-dua universiti itu, Profesor Ariel Ariel Porat dan Profesor Eduard Yakobov.



Dalam pertemuan tersebut, beliau berkongsi pandangan tentang menyediakan sistem pendidikan bagi masa depan dan juga meningkatkan kerjasama antara bidang akademik dan keperluan industri.



Dr Maliki juga mangalu-alukan peluang bagi kerjasama antara kedua-dua universiti tersebut dengan institut pendidikan lanjut di Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.



Dr Maliki, juga mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Ehwal Luar Israel, Jeneral Timbalan Pengarah (DDG) bagi Asia dan Pasifik, Encik Rafael Harpaz dan DDG bagi Euro-Asia dan Balkan Barat, Cik Simona Halperin yang juga Duta Israel di Singapura antara 2017 dengan 2019.



Dr Maliki mengulangi hubungan sangat baik yang terjalin antara Singapura dengan Israel, dan telah berbincang tentang perkembangan sedunia dan serantau, termasuk Proses Keamanan di Timur Tengah.



"Saya mengulangi sokongan Singapura bagi huraian dua negara di mana orang Israel dan Palestin dapat wujud bersama-sama secara aman dan selamat," katanya dalam satu catatan di Facebook.



Lawatannya di Israel adalah perhentian kedua selepas lawatannya ke Ramallah, Tebing Barat wilayah Palestin sehari sebelumnya.



Beliau kini berada di Jordan hingga 24 Oktober.



Dr Maliki merasmikan Pejabat Perwakilan Singapura (SRO) di Ramallah Selasa lalu.



Pembukaan pejabat itu turut menandakan hubungan erat antara Singapura dengan Penguasa Palestin, yang mana dari sudut negara, kedua-dua pihak tersebut tidak mempunyai hubungan dua hala secara rasmi.



Dalam satu catatan di Facebook, Dr Maliki berkata hubungan Singapura dengan PA telah berkembang dengan ketara sejak kali terakhir beliau melawati wilayah itu enam tahun lalu.



Beliau menegaskan semula sokongan berprinsip dan konsisten terhadap huraian dua negeri di mana Israel dan Palestin dapat wujud bersama-sama dengan aman dan selamat.



"Saya telah menghubungi Perdana Menteri PA, Dr Mohammad Shtayyeh dan bertemu dengan Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat, Dr Riyad Al-Malki semasa lawatan saya. Dalam pertemuan itu, kami telah berbincang tentang keutamaan PA dan juga berkongsi pandangan terhadap perkembangan serantau," kata Dr Maliki.



"Saya mengulangi semula sokongan Singapura yang konsisten dan berprinsip terhadap huraian dua negara dan menegaskan lagi sokongan Singapura terhadap usaha pembinaan kapasiti sebagaimana yang relevan dan mampu."



Beliau berkata dengan adanya SRO ia akan memudahkan penyelarasan program sokongan kepada bakat Palestin seperti Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) yang telah memberi manfaat kepada lebih 600 pegawai Palestin serta memberi 11 biasiswa pasca sarjana untuk melanjutkan pelajaran di universiti Singapura.



Dr Al-Malki dalam ucapannya semasa pembukaan SRO itu menyatakan pihak PA sangat menghargai sokongan Singapura dan berharap ia adalah sebahagian langkah ke hadapan untuk menubuhkan sebuah kedutaan.



"Ia bukan satu kebiasaan bagi saya untuk menghadirkan diri saya dalam acara seperti ini tetapi sebab rakan saya, Dr Mohamad Maliki Osman telah memutuskan untuk hadir secara fizikal di sini, saya menerima undangan itu," katanya.



Merujuk kepada Dr Maliki Dr Al-Malki berkata:



"Anda telah memenuhi satu perjanjian yang disampaikan kepada kami Mac lalu... dan bagi kami ia sangat penting untuk bekerjasama dengan Singapura, dan dengan itu membina dan memperluas hubungan dua hala dengan kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >