HUBUNGAN dua hala antara Singapura dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE) diperkukuh lagi dengan situasi Covid-19 di kedua-dua negara turut dibincangkan.
Inilah antara teras lawatan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), ke Abu Dhabi dan Dubai dalam rangka lawatan kerja beliau ke UAE antara 23 dengan 25 Oktober.
Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (25 Oktober), menjelaskan Dr Maliki telah bertemu Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa, Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan dalam lawatannya itu.
Dr Maliki telah menyampaikan ucap tahniahnya kepada Sheikh Abdullah di atas sambutan Jubli Emas UAE pada Disember 2021 di samping pemilihannya menjadi tuan rumah acara Expo 2020 Dubai yang kali pertama dianjurkan di Timur Tengah.
Menurut MFA lagi, Dr Maliki telah berkunjung ke Pavilion Singapura di ekspo berkenaan yang mengetengahkan pengalaman Singapura dalam mengatasi keterbatasan fizikalnya sebagai negara kota berupa pulau kecil dalam mencapai matlamat menjadi kota mampan yang sesuai didiami.
Secara berasingan, Dr Maliki telah bertemu Pengerusi Jawatankuasa Agung Pengurusan Krisis dan Bencana, Sheikh Mansoor Mohammed Al Maktoum. Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai cara mengurus Covid-19 sedang banyak negara kini membuka semula dan beralih ke situasi norma baru.
Dr Maliki, tambah MFA, juga bertemu Menteri Pendidikan UAE, Hussain Ibrahim Al Hammadi bagi membincangkan cabaran yang dibawa pandemik Covid-19 terhadap sistem pendidikan. Kedua-duanya bersetuju terdapat skop bagi lebih banyak kerjasama antara Singapura dan UAE dalam bidang pendidikan.
Tesla telah menyelesaikan beberapa rintangan kawalan pemerintah yang telah lama menghalangnya daripada melancarkan perisian pemanduan sendiri di China, membuka jalan membuahkan hasil menggalakkan
Jejantas bukan sahaja membantu pejalan kaki menyeberang jalan raya sibuk dan ekspreswe, bahkan berupaya membantu haiwan liar menyeberang jalan dengan selamat.
Biarpun Singapura dipenuhi bangunan bandar
“Sakit kepala saja.”
Menurut pakar saraf, ini adalah anggapan yang paling keliru tentang migrain bagi mereka yang menderita sakit kepala itu.
Yang pasti migrain bukan sekadar boleh reda dengan
Bagaikan kembali ke satu era hampir 40 tahun lalu, di mana sebilangan hadirin konsert baru sahaja meniti usia remaja dan berada di bangku sekolah menengah.
Sedang saya teringatkan kaset Debbie Gibson,
Isteri sering memberitahu bahawa saya terlalu melindungi anak kami yang berusia tiga tahun.
Dalam erti kata lain, menjadi ‘overprotective’. Beliau juga akan mengatakan saya terlalu “manjakan anak”.
Ini
Sepanjang hidupnya sejak disahkan menghidap penyakit ginjal seawal usia empat tahun, Cik Nur Hailikha Mohd Haer, kini 35 tahun, telah melalui kehidupan yang mencabar.
Sebahagian besar hidupnya menuntut
Di ruang yang sibuk di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), kehadiran Cik Siti Hanim Abdul Rahim @ Siti Hanim Sarjo sangat menarik perhatian mereka yang mengenalinya.
Dengan gelak tawa dan semangat
Sejak beberapa tahun lalu, setiap kali saya ke Kuala Lumpur (KL) untuk apa saja urusan – baik kerana tugas, menziarahi atau sekadar bercuti, pasti saya akan ‘terbang’ sahaja – sejak badan cepat letih
Hari Ibu 2024 jatuh pada 12 Mei dan tentunya ramai anak-anak sudah mula merancang sambutan acara bahagia itu selain mendapatkan hadiah istimewa buat ibu tersayang.
Anda tidak ada idea apakah yang
Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘word’ dan ‘bussin’.
Perkataan: [wor

Dalam kunjungannya, Dr Maliki turut bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan, Ehwal Dalaman dan Luar bagi Majlis Nasional Bersekutu UAE, Dr Ali Rashid Al Nuaimi. Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan jujur mengenai perkembangan serantau.
Selain itu, Dr Maliki juga bertemu secara berasingan dengan beberapa warga Singapura di Abu Dhabi dan Dubai. Beliau juga dibawa menjelajah Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed Bin Zayed.