Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Lawatan wakil Asean ke Myanmar gagal dek kedegilan junta

Apr 18, 2022 | 05:30 AM



JUNTA tentera Myanmar terus bertegas dan berdegil.



Ini sehingga lawatan wakil khas Asean, Encik Prak Sokhonn, ke negara itu baru-baru ini disifatkan banyak pihak sebagai gagal.



Beliau yang juga Menteri Luar Kemboja, tidak dapat memujuk pemimpin tentera Myanmar agar bersetuju melakukan kemajuan dalam mencari huraian damai.



Beliau juga tidak diberiizin menemui bekas pemimpin pemerintah awam sebelumnya, khususnya Cik Aung San Suu Kyi, pemimpin utama Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang kini ditahan dan dikenakan pelbagai tuduhan jenayah.



Semasa pulang ke negaranya selepas lawatan itu, Encik Prak Sokhonn berkata krisis Myanmar kemungkinan besar tidak boleh diselesaikan ketika negaranya menjadi pengerusi Asean tahun ini.



"Isu Myanmar rumit, ia memerlukan masa lama untuk dihuraikan," katanya memberi kenyataan yang serupa diberikan beliau sebelum berangkat ke Myanmar.



Mandat Encik Prak Sokhonn sebagai wakil khas Asean adalah memulakan dialog antara "semua pihak yang berkenaan" dalam usaha menyelesaikan kemelut yang dicetuskan rampasan kuasa tentera di Myanmar pada Februari 2021.



Namun, dengan pihak tentera di Naypyitaw mahu bertindak sebagai pemain utama, terdapat harapan tipis beliau akan dapat bertemu dengan pihak utama yang menentang rejim sekarang.



Ramai daripadanya mereka telah dikenakan hukuman penjara atau dianggap sebagai pengganas oleh pihak junta, yang menggunakan alasan itu untuk menghalang mereka menemui pihak luar.



Ini sehingga, dalam lawatan tersebut, Encik Prak Sokhonn, hanya dibawa bertemu pemimpin junta termasuk pemimpin tentera, Jeneral Min Aung Hlaing; menteri luar, Encik Wunna Maung Lwin; dan beberapa pemimpin lain.



Walhal pada April 2021, Asean mencapai persetujuan mengenai konsensus lima perkara dalam menangani kemelut politik di Myanmar. Antara lima perkara ini adalah supaya wakil khas Asean bertemu dengan semua pihak berkaitan di Myanmar.



Namun, seperti yang dikatakan seorang anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) NLD, Encik Aung Kyi Nyunt, perkara itu juga tidak dapat dilakukan Encik Prak Sokhonn.



"Beliau hanya bertemu dengan orang yang dibenarkan pihak tentera untuk bertemu, bukan berjumpa dengan semua pihak... jadi ia bukan penyelesaian berkesan atau bermakna sama sekali," katanya kepada media.



NLD menyatakan seramai 645 anggotanya telah ditahan setakat 14 Mac. Ini termasuk 92 Anggota Parlimen termasuk Kaunselor Negara, Cik Suu Kyi.



Diminta Berita Harian pandangannya, Zamil Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, berkata lawatan Encik Prak Sokhonn itu hanya sekadar cuba melakukan usul Asean yang mahu memainkan peranan dalam menyelesaikan kemelut Myanmar.



"Namun, ia tidak sama sekali mencapai mandat Asean untuk menjadi pengantara antara pihak berkaitan.



"Oleh itu, ia (lawatan itu) satu kegagalan. Cuma sekurang-kurangnya wakil khas itu bersikap realistik dengan mengakui kesukaran tugasnya sebelum memulakan lawatan itu," katanya.



Mengenai apa lagi yang boleh dilakukan Asean, Dr Oh berkata:



"Sehingga satu masa kuasa-kuasa besar dunia serius dalam memaksa junta tentera bersetuju kembali kepada pemerintahan awam secepat mungkin, disokong sekatan yang setanding dengan sekatan yang dikenakan ke atas Russia, Asean tidak akan memainkan peranan berkesan dalam membantu menyelesaikan kemelut."



Satu perkembangan 'menggalakkan' dalam lawatan itu adalah apabila Encik Prak Sokhonn berkata Jeneral Min Aung Hlaing bersedia menimbangkan permohonan untuk bertemu Cik Suu Kyi pada masa depan.



Namun, junta Myanmar menegaskan laluan bagi masa depan negara itu "mestilah proses yang dimiliki dan diterajui Myanmar", satu petanda bahawa junta tentera mahu menentukan rentak dan cara perubahan yang diinginkan.



Kini, sudah ada suara-suara yang mahukan Myanmar digantung keanggotaannya daripada Asean kerana terus enggan memenuhi rancangan damai konsensus lima perkara yang dipersetujuinya pada April 2021 itu.



Ini memandangkan junta Myanmar dilihat sebagai tidak menghormati Asean dan pemimpinnya.



Mereka membayangkan kemungkinan kepimpinan Asean bersikap lebih bertegas dan mempertanggungjawabkan pemimpin junta ke atas tindakan ganas mereka terhadap rakyatnya sendiri, termasuk membunuh orang awam yang tidak bersalah.



Ini termasuk tidak membenarkannya menghadiri semua peringkat sidang Asean, dan apa jua keistimewaan sebagai anggota Asean ditarik balik.



Bagi para pemerhati ini, mungkin sudah tiba masanya juga bagi Asean mendekati Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG) dan kumpulan etnik Myanmar lain yang juga kumpulan penting dalam usaha memulakan rancangan damai dan pemulihan Myanmar - dan bukan sekadar menantikan junta tentera agar tidak lagi berdegil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >