Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 100 terbunuh ketika tunggu trak bantuan di Gaza

Joe Biden: Tragedi tembak trak bantuan di Gaza rumitkan rundingan gencatan senjata
Mar 01, 2024 | 12:07 PM



GAZA: Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata lebih 100 rakyat Palestin telah ditembak mati oleh tentera Israel ketika mereka menunggu bantuan pada 29 Februari.


Namu, Israel mencabar angka kematian dan berkata ramai mangsa telah digilis trak bantuan.

Sekurang-kurangnya 112 orang terbunuh dan lebih 280 cedera dalam kejadian berhampiran Bandar Gaza, kata pegawai kesihatan Palestin, ketika jumlah kematian dalam perang hampir lima bulan kini melepasi 30,000.

Pegawai perubatan berkata mereka tidak dapat menampung jumlah dan kecederaan teruk yang dialami mangsa ketika mereka dibawa ke Hospital Al-Shifa, yang separuh beroperasi selepas serbuan Israel.

Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, berkata ia adalah “pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas mereka yang menunggu trak bantuan di bulatan Nabulsi”.

Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden, mengakui tragedi maut konvoi bantuan makanan di Gaza akan merumitkan rundingan gencatan senjata, tetapi kekal menekankan keperluan mendesak untuk perjanjian damai antara Israel dengan Hamas.

Menurutnya, susulan tragedi di bulatan Nablusi, Gaza itu, gencatan senjata tidak mungkin berlaku pada 4 Mac seperti yang dijangka sebelum ini.

Israel mempertikaikan angka korban oleh pegawai kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas.

Seorang pegawai tentera Israel berkata, dua kejadian berasingan berlaku ketika konvoi trak bergerak ke utara Gaza dari selatan di sepanjang jalan pantai utama.

Ia mendakwa dalam kejadian pertama, trak bantuan telah dikelilingi oleh ratusan orang dan dalam keributan, berpuluh-puluh cedera atau terbunuh akibat dipijak atau dilanggar.

Ketika trak itu beredar, beberapa orang telah mendekati tentera dan kereta kebal Israel.

“Askar melepaskan tembakan amaran ke udara dan kemudian melepaskan tembakan ke arah mereka yang menimbulkan ancaman dan enggan beredar,” katanya kepada wartawan.

Jurucakap kementerian kesihatan Gaza, Encik Ashraf Al-Qidra, berkata komen itu menunjukkan Israel “mempunyai niat untuk melakukan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai”.

Hamas berkata kejadian itu boleh menjejas rundingan gencatan senjata di Qatar.

Satu video yang dikongsi di media sosial, menunjukkan trak dimuatkan dengan banyak mayat serta mereka yang cedera.


Satu lagi video menunjukkan mangsa berlumuran darah dibawa dalam trak, mayat dibalut kain kafan dan doktor merawat pesakit yang cedera di lantai hospital.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih berkata: “Kami berkabung atas kehilangan nyawa yang tidak bersalah dan mengiktiraf situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza.

Perang bermula selepas serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >