Lebih 1,200 penduduk dipindahkan selepas gunung berapi Sinabung di Indonesia meletus
Jun 17, 2015 | 05:30 AM
JAKARTA: Lebih 1,200 penduduk kampung dekat gunung berapi Sinabung di Indonesia dipindahkan dari rumah mereka selepas gunung itu meletus dan mengeluarkan asap tebal hujung minggu lalu.
Tahap amaran ditingkatkan awal bulan ini selepas kegiatan letusan gunung berapi aktif itu semakin meningkat.