SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 2 juta rakyat M'sia daftar dapat vaksin Covid-19

Lebih 2 juta rakyat M'sia daftar dapat vaksin Covid-19

Mar 7, 2021 | 5:30 AM

Lebih 2 juta rakyat M'sia daftar dapat vaksin Covid-19

BUAT PENDAFTARAN: Kakitangan perubatan bergambar selepas menerima vaksin Pfizer-BioNTech di Hospital UiTM di Sungai Buloh pada 2 Mac lalu. Lebih 2 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19. - Foto AFP
BUAT PENDAFTARAN: Kakitangan perubatan bergambar selepas menerima vaksin Pfizer-BioNTech di Hospital UiTM di Sungai Buloh pada 2 Mac lalu. Lebih 2 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19. - Foto AFP -

PETALING JAYA: Lebih dua juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mendedahkan demikian dalam satu catatan di Facebook dan menerangkan sehingga 11 pagi kelmarin, lebih dua juta orang telah mendaftar menerusi aplikasi mudah alih MySejahtera.

Ini adalah peningkatan lebih setengah juta orang dalam tempoh masa empat hari sejak Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Encik Khairy Jamaluddin mengumumkan Isnin lalu bahawa 1.46 juta rakyat negara itu telah mendaftar menerusi aplikasi tersebut.

Malaysia memulakan program vaksin seluruh negara pada 24 Februari lalu dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama di negara itu yang menerima vaksin tersebut, yang merupakan jenis Pfizer BioNTech.

Terdapat tiga fasa program imunisasi, dengan pekerja barisan depan bakal menerima vaksin dalam fasa pertama dari Februari hingga April.

Fasa kedua, dari April hingga Ogos pula, diperuntukkan untuk kumpulan berisiko tinggi dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Rakyat Malaysia yang lain berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima vaksin mereka dalam fasa ketiga, antara Mei 2021 hingga Februari 2022.

Program imunisasi nasional Covid-19 dijangka selesai dijalankan sebelum akhir tahun ini, lebih awal daripada tempoh Februari tahun depan seperti yang disasarkan.

Selain Pfizer, Malaysia juga telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin buatan syarikat Britain, AstraZeneca dan Sinovac, dari China.

Penguasa kesihatan juga sedang menjalankan penilaian ke atas vaksin Covid-19 yang dihasilkan Institut Penyelidikan Gamaleya Russia.

Awal sebelum ini, PM Muhyiddin mengatakan kerajaannya menyasarkan agar sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 32 juta rakyatnya diberi vaksin menjelang Februari 2022.

Bulan lalu, kerajaan Malaysia berkata ia telah mendapatkan 66.7 juta dos vaksin, melebihi jumlah yang diperlukan. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg