Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 30 orang awam terbunuh dalam pertempuran di Sudan

Sep 07, 2023 | 02:30 PM



KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 32 orang awam telah terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan artileri oleh tentera Sudan, antara jumlah korban tertinggi dalam satu pertempuran, sejak perang meletus pada April, kata kumpulan aktivis Peguam Kecemasan.


Serangan pada Selasa itu berlaku di kawasan kejiranan Ombada di barat Omdurman, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu. Beberapa serangan ganas berlaku di kawasan kejiranan itu sejak kebelakangan ini.

Aktivis hak asasi manusia dan penduduk berkata bahawa tentera biasa dan Pasukan Sokongan Pantas atau Rapid Support Forces (RSF) separa tentera yang berjuang untuk mengawal negara telah melepaskan peluru berpandu ke kawasan berpenduduk, mengakibatkan ratusan orang awam terkorban di ibu kota Khartoum, dan bandar-bandar lain.


Walaupun RSF menguasai sebahagian besar kawasan di Khartoum dan bandar Omdurman dan Khartoum Utara, yang membentuk ibu kota yang lebih luas, tentera mempunyai kelebihan dalam artileri dan pesawat yang lebih berat.

Lewat Rabu, pemerintah tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, mengeluarkan dekri perlembagaan yang memerintahkan pembubaran RSF, kata majlis pemerintah. Tiada reaksi segera daripada RSF.

Awal minggu ini, sumber tentera berkata pasukan pertahanan negara telah mengerahkan sejumlah besar tentera darat di Omdurman, dan sedang bersiap untuk melancarkan operasi besar-besaran untuk cuba menyekat laluan bekalan utama RSF, ke ibu negara dari wilayah Darfur.

Sukarelawan tempatan melaporkan bahawa 19 orang telah terbunuh dalam serbuan tentera di Ombada pada Ahad. Penduduk berkata sebilangan besar melarikan diri dari kawasan kejiranan Ombada pada Rabu.

Aktivis dan penduduk juga menuduh RSF merosakkan rumah dengan menembak peluru berpandu antipesawat dan meriam, serta merompak dan menduduki kawasan kejiranan awam.

“Penggunaan meriam berat dan ringan di kawasan yang dipenuhi orang awam adalah jenayah perang… dan mencerminkan sikap tidak menghiraukan nyawa mereka,” kata Peguam Kecemasan, yang merupakan aktivis undang-undang prodemokrasi, pada Rabu.

Mereka berkata tentera dan RSF akan dibawa ke muka pengadilan.

Tentera dan RSF bersaing mendapatkan kuasa ketika gabungan politik berunding membentuk kerajaan peralihan. Konfrontasi berterusan antara RSF dan tentera mengakibatkan konflik di Sudan semakin meluas di samping negara itu bergelut dengan keruntuhan ekonomi dan keganasan suku kaum yang menggagalkan usaha ke arah pilihan raya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >