Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 maut, puluhan dikeluarkan dari hotel kuarantin di China yang roboh

Mar 8, 2020 | 11:12 AM
HOTEL ROBOH: Sekitar 70 orang terperangkap apabila Hotel Quanzhou Xinjia, yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin untuk koronavirus, roboh pada Sabtu 7 Mac 2020.
HOTEL ROBOH: Sekitar 70 orang terperangkap apabila Hotel Quanzhou Xinjia, yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin untuk koronavirus, roboh pada Sabtu 7 Mac 2020. - Foto: AFP

SHANGHAI/BEIJING: Seramai 10 orang telah terkorban setelah sebuah hotel, yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin koronavirus di timur China, roboh pada Sabtu (7 Mac), lapor media negara. Sehingga 4 petang pada Ahad (8 Mac), pihak berkuasa telah mengeluarkan seramai 48 individu daripada tapak kejadian robohnya Hotel Quanzhou Xinjia, kata Kementerian Pengurusan Kecemasan. Daripada jumlah itu, seramai 10 yang telah disahkan mati, dan yang lain telah dihantar ke hospital. Pegawai berkata sekitar 70 orang terperangkap pada awalnya apabila hotel yang mempunyai 80 bilik itu runtuh di bandar pantai Quanzhou. Kejadian itu berlaku sekitar 7.30 malam pada Sabtu (7 Mac). - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg