Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 50 maut di Lebanon, Gaza selang 24 jam

Pegawai kanan Hezbollah terselamat cubaan bunuh oleh Israel di Beirut; Gaza diserang artileri berskala besar
Oct 11, 2024 | 2:27 PM
Seorang anggota tentera Lebanon berdiri di tengah-tengah runtuhan di tapak serangan udara Israel, tatkala permusuhan antara Hezbollah dengan tentera Israel masih berterusan di Beirut, pada 11 Oktober.
Seorang anggota tentera Lebanon berdiri di tengah-tengah runtuhan di tapak serangan udara Israel, tatkala permusuhan antara Hezbollah dengan tentera Israel masih berterusan di Beirut, pada 11 Oktober. - Foto REUTERS

BEIRUT: Serangan udara Israel di tengah Beirut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang, manakala lebih 117 yang lain cedera.

Serangan di kawasan perumahan di pusat Beirut itu menyebabkan letupan kuat dan bunyi siren ambulans sepanjang malam, dipercayai berlaku semasa cubaan membunuh seorang pegawai tinggi Hezbollah, Encik Wafiq Safa.

Menurut tiga sumber keselamatan, Encik Wafiq dilaporkan terselamat daripada serangan tersebut, dan cubaan pembunuhan itu menandakan betapa serius ancaman terhadap pemimpin Hezbollah.

Encik Wafiq merupakan pegawai politik yang mengetuai unit perhubungan Hezbollah, bertanggungjawab menguruskan hal ehwal domestik dan antarabangsa bagi kumpulan yang disokong Iran itu.

Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berhubung serangan pada 10 Oktober atau mengesahkan sasaran mereka.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Israel telah membunuh beberapa pemimpin kanan Hezbollah, menjadikan Encik Wafiq antara pegawai tertinggi yang masih terselamat.

Peningkatan serangan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Hezbollah, yang kini berusaha menyusun semula barisan mereka selepas kehilangan ramai pemimpin kanan.

Kementerian Kesihatan Lebanon melaporkan bahawa antara mangsa yang terkorban dalam serangan di kawasan padat penduduk itu termasuk sebuah keluarga yang terdiri daripada lapan orang, termasuk tiga kanak-kanak yang baru sahaja melarikan diri dari kawasan selatan.

Saksi di tempat kejadian melaporkan bahawa sekurang-kurangnya satu serangan berlaku berhampiran stesen minyak, menyebabkan kebakaran besar yang boleh dilihat dari jarak jauh.

Video yang disiarkan stesen televisyen Hezbollah, al-Manar, menunjukkan pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan ketika api sedang marak.

Israel tidak memberi sebarang amaran sebelum serangan, dan kawasan yang disasarkan merupakan lokasi yang sebelum ini tidak pernah diserang.

Kebanyakan serangan Israel sebelum ini tertumpu di selatan Beirut, tempat ibu pejabat Hezbollah telah beberapa kali diserang.

Pada 10 Oktober, serangan buat kali ketiga menyasarkan kawasan pusat bandar selepas beberapa serangan berturut-turut di selatan Beirut dalam tempoh dua minggu terakhir.

Di Gaza, keadaan turut semakin memburuk, dengan sekurang-kurangnya 28 penduduk dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera apabila sebuah pusat perlindungan diserang Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

IDF mendakwa mereka membunuh seorang komander kanan Jihad Islam, Encik Mohammad Abdullah, selepas kem pelarian Nur Shams di Tulkarem, Tebing Barat yang diduduki, dibom oleh pesawat Israel.

Pihak pertahanan turut melaporkan serangan artileri besar-besaran di Bandar Gaza, termasuk di kawasan kejiranan Rimal.

Selepas mengepung kawasan Jabalia, tentera Israel pada 8 Oktober sekali lagi mengarahkan penduduk supaya berpindah dan meninggalkan kawasan tersebut.

Israel mengaku telah ‘menghapuskan’ lebih 50 anggota Palestin, termasuk mereka yang melepaskan peluru berpandu antikereta kebal ke arah tentera, serta menemui sejumlah besar senjata seperti, AK-47, RPG, dan peluru.

Jurucakap Pertahanan Awam, Encik Mahmud Bassal, dalam kenyataan kepada agensi berita, AFP berkata, banyak laporan tidak dapat diterima atau diakses kerana kawasan tersebut merupakan zon merah atau disasarkan oleh tentera Israel.

Setakat ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 140 orang terkorban dalam operasi terkini Israel di kem pelarian dekat Jabalia.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, menyeru agar gencatan senjata dilakukan serta usaha meredakan ketegangan.

“Kita perlu mencapai gencatan senjata,” katanya kepada wartawan, merujuk kepada situasi di Gaza dan Lebanon.

Namun begitu, gencatan senjata yang diharapkan masih belum tercapai, dan Washington hanya mengecam tindakan Israel tanpa perubahan dasar yang ketara. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg