ROME/SICILY: Puluhan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan belayar dari Sicily, Italy menuju ke Jaluran Gaza pada 26 April dalam satu misi antarabangsa terbesar setakat ini bagi mencabar sekatan laut Israel.

Gabungan aktivis pro-Palestin di bawah Global Sumud Flotilla memaklumkan lebih 60 kapal berlepas dari pelabuhan berhampiran Syracuse selepas kelewatan akibat cuaca buruk. Misi itu disifatkan sebagai flotila terbesar yang pernah cuba memasuki Gaza sejak sekatan laut dikenakan oleh Israel pada 2007.