Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 718,000 jemaah tiba di Madinah untuk haji

Jun 18, 2023 | 5:54 PM
TANAH SUCI: Masjid Nabawi di Madinah.
TANAH SUCI: Masjid Nabawi di Madinah. - Foto hiasan

RIYADH: Seramai 718,030 anggota jemaah pelbagai negara tiba di Madinah melalui pintu masuk udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini, lapor agensi berita, Saudi Press Agency, pada Sabtu.

Jawatankuasa Haji dan Lawatan berkata menerusi laporan perangkaan, jumlah ketibaan pada Sabtu mencecah 29,090 jemaah, yang mana 25,962 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.

Laporan statistik yang disiarkan pada Sabtu menunjukkan 556,953 jemaah berlepas ke Makkah pada Sabtu, manakala jumlah jemaah yang tinggal di Madinah sehingga semalam mencecah 161,021 jemaah.

Ketika ini, kadar jumlah yang berada di Madinah adalah 54 peratus, dan 32,631 jemaah haji mendapat manfaat daripada perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada mereka.

Pihak berkuasa di Madinah bekerja sepanjang masa untuk mengikuti perkembangan jemaah haji yang tiba melalui pelabuhan, udara dan darat bagi memastikan pengalaman terbaik bagi pelawat menunaikan ibadah haji tahun ini.

Sementara itu, Mahkamah Agung menyeru umat Islam di seluruh Arab Saudi supaya berwaspada terhadap anak bulan ketika matahari terbenam pada hari ke-29 Zulkaedah yang jatuh pada Ahad.

Anak bulan adalah petanda permulaan bulan Zulhijah. – Agensi berita.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg