Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih banyak sekolah, pasar raya di Sydney dicemari bahan toksik asbestos

Feb 19, 2024 | 04:00 PM



SYDNEY: Tujuh lagi tempat awam di bandar Sydney termasuk sekolah, kompleks sukan dan pasar raya dikesan terdedah kepada pencemaran asbestos, sedang usaha selama berminggu-minggu dibuat untuk melupuskan bahan toksik itu daripada digunakan di tempat awam.


Terdahulu, Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar (EPA) menemui asbestos di 41 tapak di serata bandar yang paling ramai penduduk di Australia sejak awal Januari lalu.

Pihak berkuasa setakat ini sudah mengepung beberapa kawasan di taman rekreasi, tempat pelancongan popular dan menutup dua sekolah.

Tapak lain yang tercemar turut disekat daripada orang ramai.

“Terdapat ujian berterusan di beberapa sekolah lagi,” menurut Ketua EPA, Encik Tony Chappel, sambil menambah bahawa ujian juga sedang dijalankan di sebuah hospital dan di sebahagian Taman Negara Diraja di bandar itu.

Konsert penyanyi terkenal, Taylor Swift, yang akan berlangsung hujung minggu ini di barat bandar itu akan diteruskan selepas ujian dilakukan di lokasi konsert berkenaan kelak, tambahnya.

Sebagai tindakan susulan, pemerintah negeri telah menubuhkan pasukan petugas asbestos untuk memberi lebih banyak sumber dan sokongan kepada EPA dalam siasatan terbesar agensi itu sejak ia ditubuhkan pada 1991.

Asbestos menjadi popular pada akhir abad ke-19 sebagai cara untuk mengukuhkan simen dan kalis api, tetapi penyelidikan kemudian mendapati bahawa penyedutan gentian asbestos boleh menyebabkan radang paru-paru dan barah.

Ia kini dilarang digunakan di kebanyakan bahagian dunia.

Kecuali satu lokasi, jenis asbestos yang ditemui setakat ini ialah asbestos jenis melekat, dianggap berisiko rendah kepada kesihatan manusia dan alam sekitar jika tidak diganggu tetapi pegawai kesihatan telah menjalankan ujian sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, pencemaran asbestos di Sydney disifatkan semakin meluas apabila pihak berkuasa mendakwa bahan toksik itu banyak dikesan di sekolah-sekolah.

Tapak baru asbestos dikesan termasuk dua sekolah di barat bandar itu, sekali gus menjadikan bilangan sekolah disahkan tercemar kepada empat.

Pencemaran itu dilaporkan berlaku pada Januari apabila asbestos ditemui di taman permainan di ibu negara New South Wales, dan siasatan seterusnya menemui bahan itu dalam tempat kitar semula berhampiran taman, yang dibina di atas persimpangan jalan bawah tanah. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >