Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih ramai akan keluar Umno jika Annuar Musa kekal jadi setiausaha agung: Zahid

Aug 03, 2023 | 01:27 PM



KAJANG: Lebih ramai keluar Umno sekiranya  Tan Sri Annuar Musa terus menjadi Setiausaha Agung parti, tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Presiden Umno itu berkata, beliau didesak 147 Ketua Umno Bahagian supaya melucutkan jawatan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu.

“Tetapi perkara itu saya tidak lakukan (lucut jawatan). Jadi, saya terus ‘husnuzon’ (bersangka baik) pada beliau,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai di sini, pada Rabu.

Datuk Ahmad Zahid diminta mengulas dakwaan Tan Sri Annuar bahawa ramai pemimpin dan ahli Umno akan meninggalkan parti berkenaan.

Tanpa menyatakan berapa ramai, Tan Sri Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) dilaporkan berkata, satu pengumuman mengenainya akan dibuat pada Jumaat ini yang turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Datuk Ahmad Zahid berkata, bagi menjaga solidariti perjuangan pemimpin Umno sama ada yang menang atau kalah, beliau meletakkan Tan Sri Annuar sebagai Setiausaha Agung Umno.

“Selepas Annuar menjadi Setiausaha Agung dan apabila terbentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), saya mencadangkan Annuar menjadi menteri penuh kerana hierarki jawatannya yang tertinggi dalam parti hingga akhirnya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

“Saya tidak mahu menuduh beliau sakau, tapi itulah yang orang kata, bukan saya yang kata.

“Jadi, dalam keadaan macam ini, bila dah gila talak politik kerana beliau tidak relevan dengan Umno dengan jumlah 147 ketua bahagian yang tidak sukakan beliau, maka apa yang saya buat ialah tidak mahu memalukan beliau.

“Saya letakkan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN). Jadi, dalam keadaan yang begitu beliau masih lagi buat kerenah.

“Jadi, apa yang saya buat, saya tentulah mengambil tindakan politik yang sepatutnya,” katanya dipetik akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).

Datuk Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, adalah lebih baik sekiranya beliau menutup aib orang daripada mendedahkan banyak perkara.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan Tan Sri Annuar supaya mengambil tingkah perjuangan mengikut parti yang diceburi.

“Apa yang parti itu dapat janjikan pada rakyat, itu lebih penting daripada mengata orang, tambah mengata parti yang telah banyak berjasa pada beliau secara peribadi.

“Ingat, jangan pernah jadi ‘kaduk naik junjung’ dalam perkara ini dan saya tidak mahu cakap lebih daripada itu.

“Biarlah masyarakat menilai khususnya masyarakat Ketereh dan Kelantan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >