Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki 47 tahun ditahan kerana kaitan dengan penyerang kes serangan Perancis

Oct 30, 2020 | 05:19 PM



PARIS – Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan polis kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penyerang yang disyaki melakukan serangan pisau di Nice, ujar satu sumber kehakiman.



Pada Khamis (29 Oktober), seorang penyerang yang menghunus pisau berteriak "Allahu Akbar", telah memenggal kepala seorang wanita serta membunuh dua yang lain di gereja sekitar kota Perancis.



Dia kemudian ditembak polis dan diberkas.



Sumber berkenaan menjelaskan, lelaki 47 tahun itu dipercayai berhubung dengan penyerang yang ditahan pada Khamis petang, mengesahkan laporan awal di siaran televisyen BFM TV.



Ketua pendakwa antipengganasan Perancis, Encik Jean-Francois Ricard, menjelaskan suspek yang menjalankan serangan itu berbangsa Tunisia dan dilahirkan pada 1999.



Dia dikatakan datang ke Eropah pada 20 September menerusi Lampedusa, pulau Italy di luar Tunisia, yang merupakan tapak pendaratan golongan penghijrah dari Afrika.



Satu sumber keselamatan Tunisia dan sumber polis Perancis menamakan penyerang yang disyaki itu sebagai Brahim Aouissaoui.



Encik Ricard menambah suspek memasuki kota Nice dengan menaiki kereta api pada Khamis pagi. - Agensi Berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >