Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki 72 tahun tembak mati 10 semasa sambutan Tahun Baru Cina di AS

Jan 23, 2023 | 06:49 PM



Seorang lelaki bersenjata yang membunuh 10 orang di sebuah dewan tarian semasa sambutan Tahun Baru Cina di Los Angeles sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, membunuh diri apabila didekati polis semalam (22 Jan).



Syerif Los Angeles County, Amerika Syarikat (AS), Encik Robert Luna, berkata semasa sidang akhbar berkata motif tembakan itu tidak diketahui.



Beliau mengenal pasti suspek sebagai Huu Can Tran, 72 tahun, yang menggunakan pistol berkapasiti tinggi.



“Kami ingin tahu, kami ingin tahu bagaimana sesuatu yang mengerikan ini boleh berlaku,” kata Encik Luna.



Encik Luna berkata Tran menembak dirinya sendiri pada pagi semalam ketika polis menghampiri sebuah van putih yang dipandunya di Torrance, kira-kira 34 kilometer dari lokasi tembakan di Studio Tarian Star Ballroom di Monterey Park.



Rakaman media menunjukkan mayat seorang lelaki di bahagian pemandu.



Dalam kejadian semalam, 10 individu terkorban dan 10 lagi dilaporkan cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ketika ribuan penduduk sedang meraikan sambutan Tahun Baru Cina di Monterey Park.



Sejurus selepas kejadian, polis menyiarkan poster suspek yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



Pihak berkuasa turut menyiasat serangan itu dengan satu lagi serangan yang berlaku di dewan tari berhampiran selang 20 minit selepas kejadian.



Pihak berkuasa berkata selepas melepaskan tembakan di sebuah studio tarian, suspek menyasarkan lokasi kedua di Alhambra, sebuah lagi bandar majoriti Asia Amerika.



Namun dia melarikan diri selepas pistolnya berjaya dirampas oleh dua orang awam.



Encik Luna dan ahli politik tempatan memuji keberanian dua individu tersebut, yang dilihat berjaya menghalang tragedi lebih teruk.



Ahli Kongres, Cik Judy Chu, yang mewakili Monterey Park, memberitahu penduduk bahawa mereka tidak lagi dalam bahaya, namun memaklumkan punca mengapa studio tarian itu menjadi sasaran masih tidak jelas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >