Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru ngaji Indonesia perkosa 15 pelajar bawah umur

Dec 15, 2023 | 10:08 AM
LOLOS: Guru ngaji yang disyaki memperkosa 15 pelajar bawah umur berjaya melarikan diri dan masih diburu polis Indonesia.
LOLOS: Guru ngaji yang disyaki memperkosa 15 pelajar bawah umur berjaya melarikan diri dan masih diburu polis Indonesia. - Foto fail

BANDUNG: Seorang guru ngaji di Purwakarta, daerah berhampiran Bandung, Indonesia, disyaki memperkosa dan mencabul 15 pelajar bawah umur.

Media tempatan melaporkan suspek meminta si mangsa untuk mengurutnya sebelum dia mencabul dan memperkosa mangsa.

Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak menceritakan perbuatan tersebut kepada keluarga atau sesiapa.

Ketua Pesuruhjaya Adjung Polis (AKBP) Purwakarta, Encik Edwar Zulkarnain, berkata kepada media pada 12 Disember bahawa setakat ini, pihak polis mengesahkan terdapat 15 mangsa – empat daripadanya pernah dirogol suspek dan 11 dicabul kehormatan.

Beliau menambah rata-rata mangsa merupakan anak didik mengaji yang diajar suspek dan usia mangsa dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun.

Menurut AKBP Edwar, kejadian itu dilakukan oleh suspek sejak 2019 hingga 2023 dan terdapat kemungkinan jumlah mangsa boleh bertambah.

“Setelah diperiksa dengan Kementerian Agama, tempat jenayah tidak berlaku di pondok pesantren, malah ia sebenarnya berlaku di rumah guru ngaji,” tambahnya.

Aksi buas guru ngaji tersebut terbongkar setelah salah seorang mangsa menceritakan pengalaman yang dialami kepada orang tuanya.

Keluarga mangsa terbabit bertindak menyerang rumah dan pusat mengaji ustaz berkenaan namun suspek berjaya melarikan diri, tambah beliau.

Pihak polis berkata mereka sedang menjejak suspek. – Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg